.... Bismillahirrohmanirrohim ....

" Katakanlah, jika bapa-bapa kamu, anak-anak kamu, saudara-saudara kamu, isteri-isteri kamu, keluarga kamu, harta yang kamu usahakan dan perdagangan yang kamu khuatirkan serta tempat tinggal yang kamu suka itu lebih kamu cintai daripada Allah dan RasulNya dan jihad di jalanNya, maka tunggulah sampai datang keputusanNya. Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada kamu yang fasik." (At-Taubah:24)

Tuesday, February 15, 2011

MARUAH YANG HILANG, IMAN YANG TANDUS..

Likunya sebuah rentas...


Semangat itu pernah jatuh bersama sebuah maruah.. Harga diri itu pernah menyepi bersama teratai usang jiwa seorang pengembara.. Aku melihat kalungan resah dalam jiwa ini kian mencengkam, saat sebuah kejujuran semakin dipersendakan, diejek bagaikan nilai sebuah paluan ikhlas itu ibarat suatu yang berbentuk boneka..

Iman kian rapuh saat tekad yang diletakkan bata bersama-sama bagi membina sebuah saff kemantapan yang saling mendokong laksana mencerna makanan lalu terkumuh begitu sahaja.. Dibuang saat tidak lagi diperlukan, apatah untuk melihat mahupun menilai sebagai sebuah jentera paduan yang utuh.. Segala hayunan langkah dilihat sebagai cerek air yang berbunyi minta ditutup 'api'nya? Kerana bunyi itu hanya semangat kosong yang tiada erti dek mengejar sebuah maruah bergelar manusia berpangkat? Apakah dikira iman seseorang itu pada bicaranya jika tindakannya hanya membabi buta, langsung tiada peduli akan nilai sebuah persaudaraan?

وَعِبَادُ الرَّحْمَنِ الَّذِينَ يَمْشُونَ عَلَى الْأَرْضِ هَوْناً وَإِذَا خَاطَبَهُمُ الْجَاهِلُونَ قَالُوا سَلَاماً
"Dan hamba-hamba Tuhan Yang Maha Penyayang itu (ialah) orang-orang yang berjalan di atas bumi dengan rendah hati dan apabila orang-orang jahil menyapa mereka, mereka mengucapkan kata-kata (yang mengandung) keselamatan."
~ Surah Al Furqan ayat 63 ~


Barisan saff apakah yang diperjuangkan sekarang ini? Pengaruh? Pangkat? Seniority? Kuasa? Berbicara lantang pantas sekali menjentik pengaruh sang berkuasa, jika tiada nilaian akal dan iman.. Sesiapa pun mampu berbicara, sesiapa jua mampu menyerang peribadi si pemanah tegar, kerana setiap jiwa punyai kuota untuk meluahkan apatah lagi membela diri atas segala yang berlaku.. Tapi.. sampai bila? Apakah mampu berlepas diri di hari pengadilan? Semuanya mampu berbicara soal syurga neraka, soal kezaliman dan kebatilan, soal jujur dan hasad, soal dendam dan kesumat.. Tapi, nilai dan semaklah pada diri.. Di mana kita meletakkan iman kita dalam sebuah pentarbiyyahan.. Wujudkanlah jiwa sang dai'e yang penuh hemah BERTAWADDUK, bukan jiwa si pengembara yang merasa jiwanya cukup hebat dalam perjuangan kerana telah lama berdepan dalam dunia pentarbiyyahan namun tidak meletakkan sasaran sunnatullah sebagai bidang sasar sebuah pengislahan.. Hebatnya kamu dalam perjuangan bukan kerana diri kamu, tapi Allah yang membantumu.. Jadilah jiwa-jiwa yang sentiasa berserah diri kepada Allah, bukan jiwa yang kalah dengan pengorbanan yang dilunaskan untuk jalan dakwah ini..

“Hari (Akhirat adalah hari) yang tidak bermanfaat lagi harta mahu pun anak pinak. Kecuali seseorang yang datang kepada Allah dengan membawa HATI YANG SEJAHTERA” (26:88-89)