.... Bismillahirrohmanirrohim ....

" Katakanlah, jika bapa-bapa kamu, anak-anak kamu, saudara-saudara kamu, isteri-isteri kamu, keluarga kamu, harta yang kamu usahakan dan perdagangan yang kamu khuatirkan serta tempat tinggal yang kamu suka itu lebih kamu cintai daripada Allah dan RasulNya dan jihad di jalanNya, maka tunggulah sampai datang keputusanNya. Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada kamu yang fasik." (At-Taubah:24)

Friday, January 21, 2011

Cinta Memori Dalam Dukungan Tarbiyyah!

Sweetest surprise di hari lahir. Thanks dear!

Teratak Sri Permai:Ziarah Ukhuwah:)


Tarbush : Uhibbukifillah, dear!


Ukhuwah kita teruji dengan '10 hari' yang akhirnya mengeratkan lagi hubungan kita


Jaulah BUMI CINTA : Kelantan-Penang;)

'Hadiah' befday teristimewa sweet 21=D

Favourite picture;))!

Alhamdulillah! Tanggal 7 Julai 2010, ukhuwah kita bertaut dalam satu pertemuan tidak terduga namun dalam aturan Ilahi.. Di jalan tarbiyyah ini kita berkenalan dan kerana jalan tarbiyyah ini juga kita akan berjauhan demi meraih REDHA ILAHI.. Biarpun perkenalan kita terlalu singkat untuk dibandingkan dengan keakraban yang cukup menjadikan kita saling mengenali, namun tautan hati dalam ukhuwah ini terlalu bermakna bagiku.. Terlalu banyak pahit manis, senda gurau, rajuk tangis, tawa riang, hujah menghujah, nasihat meng'emo', ego mengego dan kasih mencintai mewarnai ukhuwah kita dalam kesingkatan waktu yang mengindahkan..

"Aku mencintaimu kerana AGAMA mu.. Jika hilang AGAMA mu dari dirimu, maka hilanglah cintaku padamu" (Imam Nawawi)

Masih ingatkah lagi pada 13 Oktober 2010? Tarikh di mana ukhuwah kita teruji hebat! Selama 10 hari Allah mentarbiyyah ukhuwah kita.. Namun kerana ujian itu jugalah kita lebih mengenali dan menjadikan ukhuwah kita bertambah kukuh, insyallah.. Mungkin ukhuwah ini dilihat sebagai sesuatu yang biasa bagimu, namun ketahuilah juga, aku memilihmu bukan untuk kebahagiaanku, namun untuk AGAMA ku! Mengapa harus ku lepaskan persahabatan ini, jika Kak As lah yang menjadi 'minyak' kala diriku memerlukan isinya saat tangkiku hampir kehausan! Dan, mengapa juga perlu disembunyikan kasih dan sayang kita, jika itu boleh menjadi contoh buat sahabat lain untuk sama-sama berkasihan sesama akhawat kita terlebih dahulu, daripada mendahului sandaran kasih buat sang kesuma berlawanan jenis? Mengapa perlu lemah saat fitnah-fitnah menjalar dalam hubungan kita? Tidakkah kita perlu saling mengukuhkan kerana saat terujinya ukhuwah kita, ianya sebagai tanda kesetiaan dan kejujuran kita? Hmm... Tidak perlu lagi ku coretkan terlalu mendalam tentang dirimu di sini, biarlah hanya kita saling mengetahui siapa kita kepada satu sama lain..


Terkesan pada 7 golongan yang dijanjikan Allah mendapat naungan Arasyh dari sabda Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari dan Muslim katanya;

'Dua insan yang berkasih sayang kerana Allah, mereka bertemu dan berpisah kerana Allah'

Setiap pertemuan, pasti adanya perpisahan.. Saat ini ukhuwah kita kembali teruji kan? Sejauhmana penghargaan kita terhadap satu sama lain dan sejauhmana kesetiaan kita pada ukhuwah ini.. Aku sentiasa mendoakan agar walau sejauhmana pun jarak kita, ukhuwah dan keakraban kita akan tetap teguh seperti sediakala.. Melatah kala diuji bukanlah suatu impian yang harus ditunaikan.. Berjanjilah! Kita akan terus bersama dalam jalan ini!! Walaupun seringkali terabai kemesraan antara kita sejak akhir-akhir ini dek ingin menjernihkan keadaan yang tercipta kerana fitnah-fitnah yang mengkontroversikan persahabatan kita, namun jauh di sudut hati biarpun terkilan dan kecewa, tapi hati ini menguntum senyuman bahagia tiada terkata kerana kita tetap lagi BERSAMA DI JALAN DAKWAH DAN TARBIYYAH. Malah, biarpun Kak As cuba menjarakkan demi kebaikan bersama, namun ku tahu banyak yang tidak terluah oleh bicaramu, akan tetapi tindakan dan bahasa badanmu sudah cukup memberi erti yang mendalam untuk ukhuwah ini.. Egomu terkadang menyesakkan, diammu terkadang menghangatkan, rajuk mu terkadang mencengkam dan bebelan mu terkadang menggelikan, namun itulah asam garam ukhuwah ini.. Bahagia dengan perkenalan bersama sahabatku, Nurul Asmaa' Ismail:) Terima kasih kerana menjadi dirimu dan terima kasih untuk ukhuwah kita yang sangat manis.. Berdoalah semoga Allah menyatukan kita hingga ke Jannah, menjadi tetangga syurga yang diimpi, amin..

PERPISAHAN DAN KEJAUHAN INI DALAM REDHA KERANA CINTA ILAHI.. KUKUHKAN UKHUWAH INI, MOGA KEMESRAAN KITA AKAN TERUS MEKAR..

>> Sayang saya tak?;p
Saya kan 'ADIK ANGKAT' Kak As.. Saya juga CUCU USRAH Kak As.. Saya juga SAHABAT Kak As.. Saya juga AKHAWAT, sama macam Kak As.. Lagi?? Saya tahu Kak As SAYANG saya, nanti jangan lagi RINDU saya;p


Sunday, December 26, 2010

Ukhti.......


(Khas untuk Ahli Wanita Pertubuhan IKRAM Malaysia, Sempena PATWA 2010)


Ukhti

Hari ini aku berdiri

Menggenggam bara api

Di hadapanmu ya ukhti

Disaksikan Ilahi Rabbi


Ukhti

Engkau dan aku sama berdiri

Menjunjung titah Ilahi

Memimpin umat ke jalan selamat

Jalan Islam yang penuh rahmat

Beribadat kepada Allah jadi matlamat

Mentaati perintah-Nya, menjauhi maksiat


Ukhti

Engkau dan aku sama berdiri

Menjulang kitab suci

Ayat-ayatnya difahami dan di hayati

Menegakkan Syari’ah di dalam diri

Kelak kan berdaulat di persada bumi


Ukhti

Engkau dan aku sama berdiri

Mendakap Sunnah Nabi

Mengangkat wanita setaraf lelaki

Nyawa, harta dan maruah dilindungi

Keluarga diperkasa, masyarakat disantuni


Ukhti

Hari ini kita sama berdiri

Mengikat satu janji

Memantapkan saf

Memimpin ummah

Mendaulatkan Syari’ah


Ukhtuki fillah

~Kak Maznah~

13 Muharram 1432
19 December 2010 

Wednesday, December 22, 2010

Mengapa?? Kenapa?? Bagaimana?? Apakah??

Kenapa kita sering melihat sesuatu yang tidak pada milikan kita sebagai yang terbaik dan beriya-iya mahukan sesuatu yang tidak seharusnya menjadi milik kita, tanpa merenungi sebenarnya kita harus mensyukuri tiap apa yang kita perolehi kerana ianya pasti lebih baik dalam perancanganNYA?

Rata-rata daripada kita juga sering kali memikirkan tentang perasaan kita sebagai anak yang terguris dengan ibu bapa, terasa dengan tindakan ibu bapa, tak sehaluan dengan tindakan ibu bapa dan pelbagai lagi yang tidak kena dengan ibu bapa kita.. Namun, pernahkah walau sekali kita memikirkan hati ibu bapa kita yang terguris? Pernahkah kita si anak yang memikirkan jiwa dan kesulitan yang ditanggungi ibu bapa kita saat mereka membesarkan kita? Cukupkah untuk membalas jasa mereka dengan hanya menghadiahkan mereka dengan segulung ijazah, master, atau phd? Di manakah tempat ibu bapa pada kehidupan kita?

Acap kali juga ada yang membandingkan ibu bapa orang lain dengan ibu bapa sendiri.. Cemburu dengan kekayaan yang dimiliki orang lain, ada juga yang cemburu dengan kemesraan orang lain, ada bermacam-macam rencah yang tidak sebati pada jiwa kita.. Namun, apakah usaha kita untuk menyempurnakan semua itu? Belum cukupkah kekayaan pada sebuah kehidupan yang telah Allah jadikan sempurna untuk kehidupan kita? Belum selesakah keindahan yang Allah kurniakan untuk perjalanan kasih sayangNYA untuk kita? Belum istimewakah kita menjadi insan berbanding penciptaan makhluk lain? Apakah lagi kesempurnaan yang kita mahukan?

Sebagai pelajar, apakah yang kita kejarkan dan untuk apakah ianya kita mahukan? Sebagai penjawat, apakah yang kita kerjakan dan untuk apakah segalanya yang berlaku dalam perjalanan menuju Allah? Apakah hanya sekadar rutin, minat mahupun kerjaya untuk mencari rezeki? Seandainya saat kita berniat untuk menggenggam ijazah untuk kepuasan hidup dan memberi kesenangan buat kedua ibu bapa kita, bagaimana seandainya belum sempat kita memperoleh ijazah tersebut, Allah menjemput kita terlebih dahulu menemuiNYA? Maka pastinya kita tidak sempat untuk memberikan ijazah tersebut buat ibu bapa kita? Bagaimana jika niatnya adalah menerokai ilmu Allah dan semua yang dilakukan kerana Allah walau dalam apa jua keadaan, jika ianya belum sempat dihabiskan mahupun dicapai, segalanya bertukar mencari keredhaan Allah semata-matakan? Tidakkah ianya cukup manis lagi membahagiakan?

Jadi, di mana kita? Bagaimanakah kita? Siapakah kita? Tepuk iman, renungi Taqwa:)

Friday, November 26, 2010

Ini Sejarah Kita...




Fahamkah anda akan graf di tersebut? Graf tersebut adalah berkenaan dengan tempoh masa dari penyebaran Islam di Tanah Arab sehinggalah pada masa kini. Cuba anda lihat, di manakah tahap kita berada sekarang? Di manakah zaman yang sedang kita berbahagia berada? Ya Allah… terlalu sukar untuk kita bayangkan. Adakah zaman kita sekarang setaraf dengan zaman Jahiliyah dahulu kala? Wallahualam. Kepada mereka yang belum memahami setiap butiran yang berada pada graf tersebut bolehlah membaca sedikit penerangan di bawah ini.

Sebelum kedatangan Islam di Tanah Arab, era ini dinamakan sebagai zaman gelap masyarakat Arab. Masyarakat ini asalnya mengikut ajaran Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail a.s. tetapi telah terpesong kepada penyembahan berhala dan nenek moyang. Mereka mempunyai semangat assobiyah yang sangat tinggi dan ketika ini sangat berleluasa berlakunya perlakuan zina, judi, pembunuhan anak perempuan dan juga penindasan terhadapan golongan miskin dan anak yatim.

Selepas penurunan wahyu pertama, era ini kemudian dinamakan sebagai era Mekah. Era ini berlansung selama 13 tahun (610 – 623M). Selama berlangsungnya era ini, Rasulullah s.a.w. beserta para sahabat terbabit dalam pendakwahan di mana ianya bermula dengan mereka yang terdekat dan dipercayai serta seterusnya kepada seruan terbuka. Dakwah Islamiyyah ini tetap diteruskan walaupun mengharungi pelbagai mehnah dan tribulasi seperti penentangan oleh kaum Quraisy dan juga Bani Tha’if. Selama 13 tahun baginda s.a.w. melakukan dakwah, hanya 300 orang sahaja yang menerima Islam (anggaran).

Dengan perintah Allah, Rasulullah s.aw. berhijrah ke Madinah. Kaum muslimin terpaksa meninggalkan kampung halaman, harta dan ladang-ladang mereka. Negara Islam Madinah telah dibina dengan mengangkat Rasulullah s.a.w. sebagai pemimpin. Era ini berlangsung selama 10 tahun (623 – 633M). Dengan adanya kuasa, pelbagai syariat telah diturunkan dan dilaksanakan dalam sistem negara. Manusia dapat melihat Islam daripada sudut aqidah, sosial, ekonomi dan perundangan. Dalam suasana ini, Allah s.w.t. telah mensyariatkan pelbagai hukum kepada ummat Islam. Setelah 10 tahun di Madinah, seramai 124 000 orang (atau 144 000 orang) telah menerima Islam (dianggar berdasarkan Haji Wada’ pada tahun 10 Hijrah).

Era Khulafa’ Ar- Rashidin bermula pada 633 sehingga 661 masihi sejurus selepas kewafatan Rasulullah s.a.w. Ianya bermula dengan pemerintahan Abu Bakar As-Siddiq, diikuti Umar Al-Khattab, Uthman Al-Affan dan Ali Abi Talib. Sepanjang era Khulafa’ Ar-Rashidin, berlaku pengukuhan dan perluasan Daulah Islamiyyah.

Era umayyah pula bermula pada 661 hingga 750 masihi. Khalifah pertama adalah Muawwiyah bin Abi Sufyan menandakan di mana bermulanya era pemerintahan berbentuk dinasti. Kerajaan Bani Umayyah berpusat di Damsyik, Syam dan antara tokoh pemerintah yang terkenal dalam era ini adalah Umar bin Abdul Aziz. Dalam era ini, berlaku perluasan kuasa Islam secara besar-besaran.

Era Abasiyyah pula bermula pada 750 hingga 1265 masihi. Dibahagikan kepada 2 zaman iaitu Zaman Keemasan dan Zaman Kejatuhan. Kerajaan Abassiyyah diasaskan oleh Abu Al-Abbas Abdulllah dan berpusat di Kota Baghdad (Iraq). Zaman keemasan kerajaan Abassiyyah berlangsung ketika pemerintahan Khalifah Harun Ar-Rasyid yang menandatangani perjanjian dengan Empayar Tang China dan Khalifah Al-Makmun yang terkenal dengan perkembangan ilmu dan teknologi. Ketika era ini, pelbagai tokoh Islam yang dikagumi seperti Ibn Battutah dan Ibnu Nadhir yang terlibat secara tidak langsung dalam Baitul Hikmah, tokoh-tokoh ilmu fiqh seperti Imam Syafie dan Imam Malik serta tokoh-tokoh ilmu hadis seperti Imam Bukhari dan Imam Muslim. Tatkala Kerajaan Abbasiyyah berada di kemuncak kegemilangan, serangan monggol berlaku pada 656 Hijrah (1258 M).

Dengan kejatuhan era Abasiyyah, Kerajaan Turki Uthmaniyah mulai naik. Kerajaan ini diasaskan oleh ‘Uthman Gazi. Kerajaan ini bermula pada 1265 hingga 1924 M dan pernah menguasai sehingga Austria, Hungary, Romania, Bulgaria, Czech, Yugoslavia dan Albania. Antara pemerintah yang terkenal adalah Sultan Muhammad II Al-Fateh di mana beliau berjaya membuka Kota Constantinople pada 857 H (1453 M). Beliau juga menguasai Selatan Greek, Albania dan Ukraine. Beliau mengarahkan misi ke Rom dan tentera Islam berjaya menawan Otranto. Tetapi misi ini terbantut dengan kematiannya pada 886 H (1481 M).

Era kejatuhan khalifah berlaku sejurus Kekalahan kerajaan Uthmaniyyah dalam peperangan Perang Dunia I. Sultan Abdul Hamid II17 (1876 – 1909 M) merupakan sultan kerajaan Turki ‘Uthmaniyyah yang terakhir yang betul-betul mengamalkan sistem khilafah. Kejatuhan ini dibantu oleh kemunculan Mustafa Kamal Attartuk, seorang jeneral tentera, yang ditonjolkan oleh British sebagai tokoh kepimpinan yang hebat. Selepas itu, Umat Islam kehilangan sistem khilafah yang menaungi umat Islam secara global dan segala usaha untuk menghidupkan kembali pemerintahan khilafah belum mendatangkan hasil.

Amat malang sekali, kejatuhan ini tidak begitu diketahui oleh umat Islam secara umum. Kenapa ini boleh berlaku? Tanah umat Islam di timur tengah dipecah-pecah mengikut citarasa penjajah. Wilayah Islam dipecah-pecahkan mengikut geografi. dan mengikut kawasan seperti Palestin, Mesir, Algeria, Maghribi, Tunisia, Syria dan negara-negara Islam yang lain. Dengan wujudnya wilayah-wilayah yang berasingan ini menjadikan setiap negara hanya mempertahankan negara sendiri sahaja tanpa mempedulikan negara Islam lain yang diserang. Tidak hairanlah ketika Palestin diserang, apakah yang dilakukan oleh negara-negara Islam yang lain? Wallahualam

Thursday, November 25, 2010

Gambaran Kegemilangan Islam : Armada Cheng Ho

Armada Pelayaran Cheng Ho


Gambaran anak-anak kapal yang dikendalikan oleh Cheng Ho









Laksamana Cheng Ho








Laluan Pelayaran Cheng Ho


Pernahkah kita mengikuti tentang pelayaran agung Cheng Ho ke Melaka? Secara peribadinya, selama saya mempelajari sejarah di sekolah menengah, jauh di benak tidak pernah teruja untuk mengetahui berkenaan Laksamana Cheng Ho memandangkan yang diketahui adalah beliau hanya melakukan pelayaran 'biasa'. Namun hakikat yang sebenar, pelayaran beliau bukanlah sekadar pelayaran dari satu tempat ke tempat yang lain semata-mata, bahkan ianya lebih bermakna dari itu. Jika difikirkan secara logik akal juga, apakah sebuah pelayaran yang melibatkan
pelayar yang berkuantiti besar dan menggunakan kapal yang besar tidak mempunyai matlamat dan kepentingan tertentu?

Jika dihayati, pada musim luruh 600 tahun yang lalu iaitu pada tahun 1405 Masihi, sebuah armada yang paling besar skopnya di dunia pada masa itu bertolak dari pelabuhan Sungai Yangtze di luar Bandar Nanjing, ibu negara kerajaan Dinasti Ming bagi belayar ke seberang laut. Laksamana Cheng Ho adalah orang yang bertindak memimpin pelayaran secara besar-besaran tersebut.

Nama asal Cheng Ho ialah Ma Sanbao. Beliau dilahirkan dalam sebuah keluarga Etnik Hui yang menganut agama Islam di Yunnan, barat daya China. Datuk dan bapanya telah menunaikan fardu haji di Mekah. Mereka mengetahui keadaan di luar negara kerana suka menjelajah.

Bandar Nanjing terletak di pinggir Sungai Yangtze, sungai yang terbesar di China. Industri pengeluaran kapal sudah bersejarah lama dan sangat berkembang di Nanjing pada masa itu. Berdasarkan catatan sejarah, terdapat 34 buah bengkel pembuat kapal di luar Bandar Nanjing dan tukang-tukang kapal yang terbaik di seluruh China telah bertumpu di Nanjing. Taraf kemahiran pembuatan kapal daripada tukang-tukang tersebut merupakan taraf tertinggi bagi industri pembuatan kapal di dunia pada masa itu. Kapal "Baochuan" yang digunakan dalam pelayaran Cheng Ho ialah dibuat di Nanjing. Kapal "Baochuan" merupakan kapal layar bersaiz besar. Disebabkan pelayaran itu dilaksanakan berdasarkan titah Maharaja Zhu Di, maka kapal-kapal tersebut bukan sahaja ukurannya besar, tetapi juga diperlengkapi dengan kemudahan-kemudahan yang moden. Pada tahun 1957, sebuah batang kemudi sepanjang 11.7 meter daripada kapal "Baochuan" telah digali keluar daripada perut bumi di tapak bengkel pembuat kapal "Baochuan" di Nanjing. Kalau dikira berdasarkan panjang batang kemudi tersebut, maka kapal "Baochuan" armada Cheng Ho yang paling besar telah mencatat lebih seribu tan, ini merupakan kapal yang paling besar di dunia pada masa itu!

Armada Cheng Ho terdiri daripada beberapa puluh kapal yang berbeza-beza saiznya. Jumlah keseluruhan pegawai, pedagang dan anak kapal armada Cheng Ho mencatat lebih 20 ribu orang. Sutera, barang porselin dan barang seni kraf tangan lain dimuatkan di dalam kapal-kapal tersebut. Semasa armada itu berlabuh di setiap pelabuhan luar negara, Laksamana Cheng Ho akan menganugerahkan cap mohor yang diperbuat daripada perak dan menghadiahkan cenderamata kepada raja negara-negara yang dilawati. Laksamana Cheng Ho juga menyampaikan titah Maharaja Zhu Di Dinasti Ming China yang menggalakkan negara-negara tersebut menghantar utusan melawat China agar meningkatkan pertukaran antara satu sama lain. 7 kali pelayaran seumpama itu telah dilaksanakan oleh Laksamana Cheng Ho dalam tempoh 28 tahun. Pada tahun 1435, Laksamana Cheng Ho yang berusia lebih 60 tahun meninggal dunia di India dalam pelayaran ke-7 semasa kembali ke China.Armada Cheng Ho berjaya tiba di pantai Laut Merah dan pantai timur Afrika dan telah melawat lebih 30 buah negara dan kawasan di Asia dan Afrika dalam 7 kali pelayaran itu. Pelayaran Laksamana Cheng Ho ke negara-negara Asia dan Afrika itu telah meluaskan pandangan rakyat China dan meningkatkan pengetahuan geografi rakyat China. Pelayaran itu juga telah meningkatkan petukaran, persefahaman dan perdagangan antara rakyat China dengan rakyat pelbagai negara Asia dan Afrika. Pelayaran Laksamana Cheng Ho lebih awal separuh abad daripada Christopher Columbus, pelayar yang terkenal di dunia.

Pelayaran Cheng Ho ke seberang laut juga telah meninggalkan warisan kebudayaan dan kesenian kepada kita. Sekarang banyak sasterawan telah menggubah drama, novel, drama TV dan lain-lain untuk menggambarkan pelayaran Laksamana Cheng Ho secara besar-besaran pada masa itu, memuji sumbangan yang dibuat oleh Laksamana Cheng Ho kepada kegiatan pelayaran sedunia serta sumbangannya kepada persahabatan dan pertukaran antara China dan pelbagai negara di dunia.

Jika direnungi pada sejarah silam mengenai Laksamana Cheng Ho, sudah pastinya ia merupakan sebuah perjuangan yang sangat hebat dalam menyebarkan Islam. Namun, mengapa kebanyakan kisah berkenaan Laksamana Cheng Ho hanya menyebut berkenaan pelayaran beliau adalah dalam usaha berdagang ke negara asing dan membuat hubungan diplomatik dengan negara tersebut? Kisah beliau hanya banyak berlegar-legar dengan kisah sebegitu, tanpa sesuatu yang istimewa yang harus kita banggakan.

Walaubagaimanapun, utamanya harus kita renungi keistimewaan sebenar yang tersembunyi mengenai Laksamana Cheng Ho antaranya keperibadian beliau, kehebatannya memimpin armada yang agung, keIslaman beliau, gerak kerja dakwah beliau, toleransi dan ketegasan beliau dalam hubungan dengan penganut lain, sumbangan besar beliau pada agama Islam, dan yang lain-lain sangat kurang ditonjolkan. Namun demikian, jika diteliti dalam kebanyakan buku-buku sejarah, ada pihak yang beranggapan bahawa Cheng Ho bukan beragama Islam, tetapi beliau menganuti agama Buddha. Buktinya terdapat banyak patung-patung Cheng Ho dibina di tokong-tokong sebagai tugu peringatan di Jawa, Indonesia bahkan terdapat juga di Malaysia dan Brunei.

Setelah saya mengunjugi Expo Cheng Ho dengan usahasama Kerajaan Negeri Kelantan dan negara China, saya amat terkesima dan teruja dengan sejarah berkaitan Cheng Ho terutamanya apabila mengetahui berkenaan armada yang dikemudinya. Persiapan perdagangan dan pelayaran yang dilakukan oleh Cheng Ho dan tentera - tentera di bawah pimpinannya cukup strategik dan bersistematik.

Angka sebenar yang mengikuti pelayaran tersebut hampir 28,000 orang, bukanlah 2,800 orang seperti yang dipelajari sebelum ini! Mashallah! Patutlah ianya digelar PELAYARAN AGUNG! Cukup mengujakan! Namun, bagaimana Laksamana Cheng Ho mampu mengawal armada dalam kuantiti seramai itu dengan melalui pelayaran yang sangat jauh, bahkan di tengah-tengah lautan yang bermusim? Subhanallah!

Laksamana Cheng Ho telah membahagikan armadanya kepada empat bahagian utama yang mempunyai peranan masing-masing dalam usaha memastikan kejayaan setiap misi pelayaran tersebut. Malahan beliau jugalah yang menjadi ketua komando bagi komando-komando armadanya yang merupakan bahagian yang paling ramai dalam armada tersebut. Malahan, beliau turut menggunakan kaedah ilmu Falaq sebagai petunjuk arah laluan pelayaran beliau.

Selain berbekalkan dengan 28,000 orang awak-awak kapal, kapal tersebut dipenuhi dengan barang-barang dagangan seperti sutera, wangi-wangian, rempah dan sebagainya yang berkapasiti lebih dari 2500 tan muatan. Kapal-kapal yang dipimpin oleh Cheng Ho bukanlah satu atau dua buah, bahkan ratusan buah kapal!!. Antaranya 62 buah kapal besar, diiringi dengan lebih kurang 200 buah kapal kecil yang berfungsi sebagai kapal komando, kapal kuda, kapal tempur dan sebagainya. Ukuran bagi sebuah kapal besar Cheng Ho adalah berukuran sekitar 122 meter panjang dan 52 meter lebar menjadikan ia kapal yang terbesar di dunia pada ketika itu. Bayangkan selama 7 kali pelayaran yang dilakukan oleh Cheng Ho sepanjang 28 tahun, berlayar sejauh beribu batu ke negara seperti Afrika, Ormuz, Asia Tenggara, Jawa, Melaka dan lain -lain berbekalkan dengan kekuatan armada yang tidak dapat ditandingi sesiapa walaupun selepas 100 tahun Cheng Ho meninggal dunia.

Bagi saya, pelayaran agung Cheng Ho yang membawa 'misi damai dan dagang' ini tidak mampu ditandingi tokoh pelayaran lain seperti Vasco Da Gama, Christoper Colombus, Marco Polo dan Ferdinand Magellan. Kebanyakkan mereka melakukan pelayaran sekitar 50 - 100 tahun selepas Cheng Ho bahkan masih tidak mampu untuk menandingi kekuatan armada laut yang pernah dipimpin oleh Cheng Ho. Allahuakbar!

"Bilakah sejarah ini akan kembali berulang??"