"isk..isk.. sedihnya.. rasa left out"
"nape aku buat sume salah pada dia?"
"caraku dan caranya berbeza!"
"aku ni jahat sgt ke?"
"ssh la.. baik duk sorg diri je camni."
"alah.. cam bagus je dia ni"
"marahnya..geram tul..aku tau la apa nak buat"
" sibuk je dia ni!!"
ni adalah antara bisikan2 hati yang cuba meretakkan hubungan saudara
sesama muslim..
(sbnarnya.. saya yg banyak berperang ngn hati sendiri..huhuhuhhu)
kadang2 rasa pelik..kenapa banyak sgt sangkaan buruk dtg bile hati
mula sedar ttg matlamat sebenar hubungan cinta dan persahabatan
sesama manusia keranaNya??
bile hati mula cuba menabur keikhlasan cinta dan sayang sesama
barisan pejuang, bisikan2 ini menjelma seolah2 cuba menggoyah
ketulusan hati !!
mengapa rasa sayang yang tersemai kepada sahabat di luar bulatan
ini dirasakan lebih mewangi dan berseri?
semakin dilayan perasaan ini..
sedih dan pilu datang menderu..
ada saja yang tak kene..
perbualan dan pergaulan serasa hambar..
setiap butir bicaranya ibarat pisau merobek jiwa..
setiap kata yang lahir dari lidah sendiri juga sering disalah erti..
sedangkan ukhuwwah fillah sesama jemaah seharusnya gah!
kekadang termenung sendiri..
mahu diluah..tiada telinga yang sudi menadah..
bimbang dan segan dilabel menyusahkan..
kenapa rasa benci dan marah ini hadir..??
sememangnya sedar ini hanya angkara syaitan durjana yang cuba
menyiram iri dan dendam di dalam diam..
tapi kenapa diri sering lemah dan kalah walau dengan sedaya upaya
arus ditongkah??
benteng sabar sering roboh walau badai yang datang tidaklah kencang..
hati sarat berperang.. namun jasad dipaksa tenang..
lantas tiada yang perasan.
hati menjerit sendiri..benci, marah, iri..semua datang bertubi..
sedikit demi sedikit.. hati semakin lemah.. jiwa resah gelisah.
otak mula mencari akal.. supaya genggaman tangan ini kendur tidak
seutuh dulu..
serasa mahu berundur..
ttiiiddaaakkk!!!
hati membentak.!
jangan cepat ternoda..
tak sudi melihat syaitan bersorak gembira tatkala hati ini merintih
kecewa..
jangan mudah tunduk dengan api lagaan iblis terkutuk.
walaupun pedih kalbu dicucuk..
redha Illahi selayaknya dicari bukan iri yang menyemarak benci..
mujur ada sekelumit iman tersorok jauh di lubuk hati.
segera diri mencari arah..
ahh.. disana..dapat dilihat bayang mereka dengan gagah menghayun
langkah..
cepat-cepat diri dipaksa berlari walau penat..walau lelah..
kerana rehat di akhir destinasi sana lebih indah!
perjalanan ini memang payah..
bila tenaga semakin lemah, segera kembali kepada Allah.!!
Ya Allah...tunjukkan aku jalan yang lurus..jalan orang2 yang Kau
beri nikmat bukan jalan org2 yang sesat..
Amin.
"sesungguhnya Allahlah yang memegang hati-hati kita"