.... Bismillahirrohmanirrohim ....

" Katakanlah, jika bapa-bapa kamu, anak-anak kamu, saudara-saudara kamu, isteri-isteri kamu, keluarga kamu, harta yang kamu usahakan dan perdagangan yang kamu khuatirkan serta tempat tinggal yang kamu suka itu lebih kamu cintai daripada Allah dan RasulNya dan jihad di jalanNya, maka tunggulah sampai datang keputusanNya. Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada kamu yang fasik." (At-Taubah:24)

Saturday, April 23, 2011

ALLAH pemegang hati-hati kita~

"ish.. tak suka la dia ni.."
"isk..isk.. sedihnya.. rasa left out"
"nape aku buat sume salah pada dia?"
"caraku dan caranya berbeza!"
"aku ni jahat sgt ke?"
"ssh la.. baik duk sorg diri je camni."
"alah.. cam bagus je dia ni"
"marahnya..geram tul..aku tau la apa nak buat"
" sibuk je dia ni!!"

ni adalah antara bisikan2 hati yang cuba meretakkan hubungan saudara
sesama muslim..
(sbnarnya.. saya yg banyak berperang ngn hati sendiri..huhuhuhhu)

kadang2 rasa pelik..kenapa banyak sgt sangkaan buruk dtg bile hati
mula sedar ttg matlamat sebenar hubungan cinta dan persahabatan
sesama manusia keranaNya??
bile hati mula cuba menabur keikhlasan cinta dan sayang sesama
barisan pejuang, bisikan2 ini menjelma seolah2 cuba menggoyah
ketulusan hati !!
mengapa rasa sayang yang tersemai kepada sahabat di luar bulatan
ini dirasakan lebih mewangi dan berseri?
semakin dilayan perasaan ini..
sedih dan pilu datang menderu..
ada saja yang tak kene..
perbualan dan pergaulan serasa hambar..
setiap butir bicaranya ibarat pisau merobek jiwa..
setiap kata yang lahir dari lidah sendiri juga sering disalah erti..
sedangkan ukhuwwah fillah sesama jemaah seharusnya gah!
kekadang termenung sendiri..
mahu diluah..tiada telinga yang sudi menadah..
bimbang dan segan dilabel menyusahkan..
kenapa rasa benci dan marah ini hadir..??
sememangnya sedar ini hanya angkara syaitan durjana yang cuba
menyiram iri dan dendam di dalam diam..
tapi kenapa diri sering lemah dan kalah walau dengan sedaya upaya
arus ditongkah??
benteng sabar sering roboh walau badai yang datang tidaklah kencang..
hati sarat berperang.. namun jasad dipaksa tenang..
lantas tiada yang perasan.
hati menjerit sendiri..benci, marah, iri..semua datang bertubi..
sedikit demi sedikit.. hati semakin lemah.. jiwa resah gelisah.
otak mula mencari akal.. supaya genggaman tangan ini kendur tidak
seutuh dulu..
serasa mahu berundur..
ttiiiddaaakkk!!!
hati membentak.!
jangan cepat ternoda..
tak sudi melihat syaitan bersorak gembira tatkala hati ini merintih
kecewa..
jangan mudah tunduk dengan api lagaan iblis terkutuk.
walaupun pedih kalbu dicucuk..
redha Illahi selayaknya dicari bukan iri yang menyemarak benci..
mujur ada sekelumit iman tersorok jauh di lubuk hati.
segera diri mencari arah..
ahh.. disana..dapat dilihat bayang mereka dengan gagah menghayun
langkah..
cepat-cepat diri dipaksa berlari walau penat..walau lelah..
kerana rehat di akhir destinasi sana lebih indah!
perjalanan ini memang payah..
bila tenaga semakin lemah, segera kembali kepada Allah.!!

Ya Allah...tunjukkan aku jalan yang lurus..jalan orang2 yang Kau
beri nikmat bukan jalan org2 yang sesat..
Amin.

"sesungguhnya Allahlah yang memegang hati-hati kita"

Tuesday, March 29, 2011

Ujian itu penuh hikmah tersembunyi (^^,)


Bismillahirrohmanirrohim...

BILA ALLAH MENGUJI...

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."... (2:216)


Hidup ni tidak t'lepas dari ujian... Adakala kaki terasa kuat melangkah menuju impian, namun adakala terasa rebah sebelum singgah di penghujung jalan.... Ermmm... Memetik satu kata2 Saidina Ali r.a:

"Bukti seorang hamba cintakan sahabatnya, diberi kesenangan kepadanya,
Bukti Allah cintakan hamba-Nya,
maka ditimpakan kesusahan dan kesakitan..."


Sebagai hamba-Nya beruntung bila mana kita teruji, itu bukti Allah masih pedulikan diri kita... Dan lebih beruntung bila mana kita bersabar dengan ujian tersebut... kerana ujian itu pasti akan meninggikan darjat buat orang2 yang bersabar dengannya (^_^)...

Allah itu Maha Adil, setiap musibah atau kesusahan tidak akan diberikan kepada kita diluar batasan kemampuan hamba-Nya...

”Kami tiada membebani seseorang melainkan menurut kesanggupannya…” (Al Mu'minuun:62)
Mashallah!

Ujian sebenarnya adalah guru yang tidak bercakap, tetapi ia sebenarnya sangat mengajar dan mendidik. Ujian terkecil (apalagi besar) yang kita alami dalam hidup, semuanya adalah takdir Allah yang mempunyai maksud yang sangat penting. Orang yang dapat mengetahui maksud itulah yang mendapat pengajaran dan pendidikan dari setiap takdir Allah. Di antara maksud Allah itu ialah :-


1. Untuk melatih kita mendapatkan sifat-sifat yang baik seperti sabar, redha, mengenang budi, tawakal, memikirkan nasib orang lain, mengaku diri sebagai hamba yang lemah ( yang tidak kuasa menolak takdir buruk yang datang ), berbaik sangka, mendekatkan diri dengan Allah, ingat akhirat, harap pada Allah, merasai tipu daya dan sementaranya dunia dan lain-lain lagi. Perasaan ini sama pentingnya dalam usaha membangunkan peribadi taqwa. Dan untuk mendapatkannya, nafsu perlu dilatih dan disakitkan sebab ia asalnya liar, sangat ingin kepada keburukan dunia dan lupa akhirat. Maka kita hendaklah mendidik, membersihkan dan mengubatinya sungguh-sungguh supaya meningkatlah nafsu kita kepada nafsu mutmainnah sekurang-kurangnya. Untuk itu ujian-ujian kesusahan, penderitaan, penghianatan, ketakutan, kesakitan, kehilangan pengaruh atau pengikut, dll adalah perlu. Ujian-ujian ini sengaja didatangkan agar terasalah kita ini hamba lemah yang tiada berkuasa untuk menolak ketentuan Tuhan. Ini penting demi untuk menanamkan rasa kehambaan ke dalam hati, sekaligus membuang rasa tuan, rasa Tuhan, rasa besar diri dan takabur yang merajai hati kita selama ini.


2. Seterusnya bila kita ditimpa penderitaan hidup maka kita pun berkata pada diri kita, “Sabarlah! Redhalah!” Allah tidak buat ini semua dengan sia-sia. Allah sangat kasih dan sayang pada hamba-Nya. Ujian ini berarti Allah sayang karena Dia hendak mendidik kita menjadi orang yang sabar, redha dengan takdirNya.


3. Seterusnya bila ditimpa ujian yang membuat kita rasa terhina dan tidak berguna, maka insaflah bahwa kita asalnya hina dan jahil. Kalau begitu mana boleh kita menghinda-hina orang dan memandang rendah pada orang lain. Diri kita pun kalau Allah tidak pelihara nescaya terhina dan tidak berguna sama sekali.


4. Begitu juga bila kita diuji dengan ketakutan maka ujian itu mengajar kita supaya menyerahkan diri sepenuhnya pada Allah dengan penuh tawakal. Nasib kita dalam tangan Allah, bukan dalam tangan siapa-siapa selainnya. Jangan takut! Lakukan setiap sesuatu untuk Allah. Kemudian bertawakallah. Kemudian bila diuji dengan kesakitan, sebenarnya Allah mau memberitahu kita bahwa begitulah susahnya orang yang dalam kesakitan. Kalau begitu perlulah kita bertimbang rasa, mengunjungi dan membantu si sakit dan lain-lain.”


Akhir kalam... Moga kita semua terus mengambil ibrah atas segala sesuatu yang terjadi dalam segenap ujian Allah yang penuh hikmah, yang pastinya tidak akan berhenti sehingga kita berakhir dengan pertemuan bersamaNYA, Insyallah.. Moga Ukhwah yang terbina dirahmati dan diredhai Allah(^_^)... Sesungguhnya kekuatan itu terbina dengan kasih sayang & kebersamaan demi redhaNYA semata-mata.. Yuuk! Sama-sama bina kekuatan dalam setiap langkah yang mendatang dengan mehnah yang membelai jiwa-jiwa kita..Insyallah, sama-sama mengukir senyuman jua dalam kepayahan buat insan2 yang sedang teruji... ketahuilah kalian disayangi Allah atas kesabaran yang dimiliki(^_^).. Moga setiap hari kita dibangunkan dari tidur, kita sentiasa bersyukur dan sentiasa tersenyum, malah berusaha membuka lembaran baru dengan lebih bertenaga! Hari ini lebih baik dari semalam dan esok lebih baik dari hari ini, insyallah...Wallahua'lam..

Sunday, March 13, 2011

Tinta Dakwah, Jejak Taqwa


“kam minna wa laisa fina, wa kam fina wa laisa minna”
Berapa banyak orang dari kita tapi tidak bersama kita dan berapa banyak yang bersama kita tetapi tidak termasuk dalam golongan kita.
(Hassan Al-Banna)

Persoalan dilontarkan… maksudnya, berapa banyak orang yang dikalangan kita ni namun hakikatnya mereka tidak sepatutnya berada disini, tidak punya criteria yang sepatutnya sebagai seorang penggerak, tidak mahu, atau niat dia salah. Dan berapa ramai pula, orang yang diluar sana, punya muwosoffat yang baik, lebih layak memikul kerja dakwah, ingin dan mampu melakukannya namun masih belum bersama kita?

Perkara pertama yang perlu diingatkan tujuan utama dakwah adalah usaha menjadi dan membina jiwa-jiwa yang bersifat rabbani. Maka keutamaanya adalah mengajak kerah penyembahan Allah disamping mengalihkan jiwa daripada penyembahan selain Allah. Oleh yang demikian, usrah tahmidi, atau usrah 01 fokusnya adalah kepada pembinaan peribadi muslim. Persoalan seterusnya, bagaimana pula dengan mereka yang menggerakkan dakwah itu sendiri, yang berada pada urah 02, apa pula fokusnya? Sudah pasti, bila dah masuk 02, peribadi muslim itu seharusnya sudah dibentuk. Bukanlah mereka yang sekadar tahu 10 muwosoffat terdiri daripada, sekian sekian, tapi, dirinya sendiri tidak benar-benar menjiwai keperibadian itu. Fokus usrah 02, atau usrah penggerak ini adalah bagi membentuk peribadi yang mendokong fikrah serta faham tentang amal jamie. Jika isu pembentukan keperibadian muslim itu sendiri belum terbentuk, bagaimana jiwa itu mampu menjadi jiwa yang boleh ikhlas mendokong fikrah? Semasa KOSMIK, ana masih lagi ingat (sebab ada salin lah), apakah yang dimaksudkan dengan “adanya fikrah”. Sesuatu fikrah itu hanya boleh berjaya, kiranya pengikutnya:
  • YAKIN dan ini membuatkan dirinya bersungguh untuk berjaya
  • KEIKHLASAN dalam berjuang
  • Semakin BERSEMANGAT dalam merealisasikannya
  • Ada persiapan untuk BERAMAL & BERKORBAN dalam mewujudkannya

Hassan Al-Banna juga mengatakan bahawa ciri PEMUDA yang NORMAL, adalah mereka yang punya 4 perkara yakni, iman, keyakinan, semangat dan beramal.

Ciri-ciri dakwah

  1. Pertama dan yang utamanya, usrah perlulah bersifat rabbaniyyah. Dimana focus didikan adalah penyembahan pada Allah. Sesuatu usrah itu bukanlah usrah yang sihat kiranya tidak mendekatkan lagi ahlinya kepada Allah, dan boleh dikira salah kiranya mendekatkan ahlinya kepada selain dari Allah.
  2. Yang keduanya, islamiyyah qabla jam’iyah, atau bersifat Islamiyyah sebelum menekankan tentang jemaah.
  3. Yang ketiga, syamilah ghoiru juz’iyah, bersifat menyeluruh bukanlah menekankan sebahagian sahaja.



Sifat Tawadhu’

Dari segi bahasa, kata tawadhu' berasal dari kata kerja lampau (fi'il madhi) wadho'a artinya menaruh atau meletakkan sesuatu. Kata tawadhu' dari segi istilahnya ialah rendah hati lawan dari takabur, memperlihatkan kerendahan dan kehinaan samaada dengan Allah mahupun dengan manusia lain.

Dan hamba-hamba (Allah) Ar-Rahman (yang diredhaiNya), ialah mereka yang berjalan di bumi dengan sopan santun, dan apabila orang-orang yang berkelakuan kurang adab, hadapkan kata-kata kepada mereka, mereka menjawab dengan perkataan yang selamat dari perkara yang tidak diingini;
(Al-Furqaan 25:63)

Dan hendaklah engkau merendah diri kepada pengikut-pengikutmu dari orang-orang yang beriman.
(Asy-Syu'araa' 26:215)

Mengapa perlu ada sifat tawadhu’?

Kita tidak boleh sama sekali merasakan bahwa kita adalah orang yang “sudah cukup bagus”. Firman Allah

…. maka janganlah kamu memuji-muji diri kamu (bahawa kamu suci bersih dari dosa). Dia lah sahaja yang lebih mengetahui akan orang-orang yang bertaqwa.
(An-Najm 53:32)

Sifat tawadhu’ akan lahir dari jiwa yang punya pengetahuan tentang Allah. Mereka yang benar-benar “kenal” Allah, pasti sentiasa merasa diri mereka hina, pada Allah hinggakan mereka dapat merendahkan keinginan dan syahwat mereka. Mereka juga akan sentiasa merasa kebergantungan kepada Allah dan sentiasa yakin bahawa Allah adalah pemberi rezeki yang utama.

Terdapat 3 tingkatan tawadhu’
  • Tawadhu’ terhadap agama, yakni tidak menentang agama menggunakan akal, tidak mencari jalan untuk berbeza dari hukum agama, dan sentiasa husnuzon terhadap undang-undang Allah
  • Redha dengan kebenaran
  • Tunduk pada kebenaran dan melepaskan diri dari kepentingan peribadi

2 sifat tawadhu yang terpuji adalah tawadhu’ hambanya kepada Allah dan tawadhu’ hambanya kepada keagungan Tuhan dan tunduk pada kebesaranNya. Rasulullah banyak mencontohkan sikap tawadhu ini :
  • Beliau makan bersama dengan para pelayan, duduk bersama orang-orang miskin, berjalan dengan para janda dan anak-yatim, memenuhi keperluan mereka dan selalu mengucapkan salam terlebih dahulu kepada mereka.
  • Jika berada dirumah, maka beliau mengerjakan tugas-tugas keluarganya.
  • Beliau biasa menjahit sendiri sandalnya, menambal pakaian, memerah susu untuk keluarganya, memberi makan onta.
  • Berakhlak lembut, wajah selalu berseri , dermawan tapi tidak boros. Dst.

Masalah-masalah dalam sifat tawadhu’
  • Menganggap diri memiliki hak diatas Allah kerana sikap tawadhu’nya
  • Merasakan diri mereka sudah layak untuk syurga walhal, manusia itu tidak mungkin akan berolah syurga jika bukan kerana rahmat dan keampunanNya.
  • Melihat dirinya lebih mulia atau lebih tinggi dari orang lain. Orang yang tawadhu’ akan sentiasa merasakan terdapat kekurangan pada dirinya dan sentiasa merasakan orang lain lebih baik darinya. Secara tidak langsung, mereka akan sentiasa mencari jalan untuk memperbaiki diri dan mereka tidak merasakan yang mereka sudah “cukup bagus”.
  • Merasakan dirinya sudah tawadhu’. Walaupun agark sukar untuk dibayangkan hakikatnya jika seseorang itu benar-benar tawadhu’ mereka akan terus menerus merasakan merasa rendah hati. Tiada penghujung bagi rasa tawadhu’ mereka akan terus mencari kekurangan dirinya dan memperbaiki diri.

Lawan kepada sifat tawadhu’ adalah takabbur, ria dan ujub. Sifat-sifat ini adalah DOSA BESAR.

"Allah Ta'ala berfirman (di dalam Hadis Qudsi): Kesombongan adalah selendangKu dan kebesaran adalah sarungKu. Maka barang siapa menyamai-Ku salah satu dari keduanya, maka pasti Kulemparkan ia ke dalam Jahannam dan tidak akan Kupedulikan lagi."

Takabbur adalah lawan kepada sifat tawadhu’. Takabbur, dan adik beradiknya, ria’, ujub dan yang sewaktu dengannya merupakan sifat yang dibenci oleh Allah dan merupakan DOSA BESAR. Takabbur terbahagi kepada 3
  1. Takabbur kepada Allah
  2. Takabbur kepada Rasul
  3. Takabbur kepada hamba-hamba Allah

Apakah tahap-tahap takabbur?
  1. Sifat takabbur ada dalam dirinya namun dia cuba untuk tidak menzahirkannya atau cuba juga untuk tawadhu’. Perumpamaanya, takabbur itu ibarat pokok berada dalam hatinya dan dia hanya mampu mencantas ranting-ranting dan dahan-dahannya sahaja tapi dalam hatinya masih ada rasa takabbur (tahapan yang rendah)
  2. Takabbur yang terlihat dari perbuatannya yang sering menunjuk-nunjuk
  3. Takabbur yang jelas pada lisannya


Doa Rabitah..

Sesungguhnya Engkau tahu
Bahwa hati ini tlah berpadu
Berhimpun dalam naungan cintaMu

Bertemu dalam ketaatan
Bersatu dalam perjuangan
Menegakkan syariat dalam kehidupan

Sesungguhnya Engkau tahu
Bahwa hati ini tlah berpadu
Berhimpun dalam naungan cintaMu

Bertemu dalam ketaatan
Bersatu dalam perjuangan
Menegakkan syariat dalam kehidupan

Kuatkanlah ikatannya
Tegakkanlah cintanya
Tunjukilah jalan-jalannya

Terangilah dengan cahyaMu
Yang tiada pernah padam
Ya Robbi bimbinglah kami…

Rapatkanlah dada kami
Dengan karunia iman
Dan indahnya tawakkal padaMu

Hidupkan dengan ma’rifatMu
Matikan dalam syahid di jalanMu
Engkaulah pelindung dan pembela

Rapatkanlah dada kami
Dengan karunia iman
Dan indahnya tawakkal padaMu

Hidupkan dengan ma’rifatMu
Matikan dalam syahid di jalanMu
Engkaulah pelindung dan pembela

Kuatkanlah ikatannya
Tegakkanlah cintanya
Tunjukilah jalan-jalannya

Terangilah dengan cahyaMu
Yang tiada pernah padam

Ya Robbi bimbinglah kami…
Ya Robbi bimbinglah kami…
Ya Robbi bimbinglah kami...

(Dipetik : Perkongsian Daurah 02 Ansar K-PPUKM)


Wednesday, March 2, 2011

Jiwaku tandus, semangatku tercalar, IMANKU terus membara.. Allahuakbar!!



BISMILLAHIRROHMANIRROHIM..
Tanggal 3 Mac 1924, maka bermulalah tarikh keramat, tarikh kesedihan dan tarikh malapetaka bagi seluruh umat islam akibat kejatuhan khilafah islamiyah di tangan MUSTAFA KAMAL AL-TARTUK..
Pada hari ini, 87 tahun yang lalu merupakan detik kejatuhan Khilafah Uthmaniyah yang mana pada saat itu, Islam tidak lagi berkuasa penuh di atas muka bumi Allah SWT. Pada tarikh ini juga, menandakan berakhirnya kekuasaan kerajaan Islam yang telah diasaskan sejak zaman Rasulullah SAW lagi, Allahuakbar!!

Sungguh menggetarkan jiwa, meruntun penuh iman seorang Muslim.. Pastinya ia amat mendukacitakan kerana tiada lagi kekuasaan yang menghalang kemungkaran dan juga kekuatan membela agama Allah di dunia ini. Islam dinodai dengan berbagai-bagai pengharaman ciptaan manusia yang bernama Mustafa Kamal Attaturk untuk menghalang penguasaan kerajaan Allah di muka bumi. Kenalkah kita kepada musuh kita ini? Siapa itu Mustafa Kamal Attaturk?

Mustafa Kamal Attaturk yang diberi gelaran al-Ghazi (orang yang memerangi). Perkataan Attaturk bermakna bapa orang Turki. Attaturk ialah orang yang bertanggungjawab meruntuhkan Khilafah Islam -Turki pada tahun 1343H (1924M). Beliau dilahirkan pada tahun 1299H (1880M) di bandar salonika, Greek yang ketika itu merupakan taklukan Khilafah Uthmaniyyah. Bapanya bernama Ali Reda Afandi, berkerja sebagai pengawal di jabatan Kastam. Ada yang mengatakan belaiu ialah bapa tiri Ataturk dan bukan bapa kandungnya. . Ada juga yang mengatakan Attaturk oleh Guru matematiknya yang bernama Mustafa. Mustafa bertugas di sekolah Attaturk iaitu sebuah sekolah menengah tentera dan pada ketika itulah beliau tertarik dengan kebolehan Attaturk dalam bidang matematik lalu mencadangkan nama Mustafa Kamal.

Attaturk hidup tanpa isteri dan anak-anak. Isterinya bernama Latifah Hanim hanya mampu tinggal bersamanya selama setahun sahaja kerana tidak tahan dengan kefasikan Attaturk. Kediamannya dipenuhi dengan segala macam kemungkaran daripada arak sehinggalah wanita. Ketika Attaturk terlantar menunggu saat kematiannya, beliau begitu takut jika tidak ada orang yang dapat menggantikannya dan mampu meneruskan apa yang telah dilakukannya sebelum ini. Lalu beliau memanggil Duta Britain di Turki, Bercy Lorren ke kediamannya di Istanbul meminta duta tersebut menggantikannya sebagai presiden. Attaturk mempunyai kuasa untuk memilih pengganti sebelum beliau mati, tetapi duta tersebut menolak permintaan Attaturk.

Mustafa Kamal dikebumikan dalam keranda timah setelah disembahyangkan di istana presiden yang dihadiri oleh beberapa orang pemimpin kanannya yang saling bercanggah pendapat sama ada patut atau tidak beliau disembahyangkan. Jenazahnya kemudian di bawa ke Ankara dalam upacara rasmi. Jawatan presiden kemudianya disandang oleh rakan Attaturk, Esmat Enunu pada tahun 1357H (1937M).

Banyak perubahan yg dibawa oleh Mustafa Kamal Attartuk untuk memansuhkan islam di Turki.
Antara syarat yang dikenakan oleh Mustapha Kamal Attaturk (bekas PM Turki) :-

1. Membolehkan perempuan memakai tudung dengan syarat pakai skirt.
2. Membolehkan lelaki memakai seluar panjang dengan syarat pakai tali leher dan topi(sesuai dengan kehendak barat).
3. Menyuruh wanita dan lelaki menari di khalayak ramai. Beliau sendiri pernah menari dengan seorang wanita di satu parti umum yang pertama di Ankara.
4. Beliau pernah menegaskan bahawa "negara tidak akan maju kalau rakyatnya tidak cenderung kepada pakaian moden."
5. Menggalakkan minum arak secara terbuka.
6. Mengarahkan Al-Quran dicetak dalam bahasa Turki.
7. Menukar azan ke dalam bahasa Turki. Bahasa Turki sendiri diubah dengan membuang unsur-unsur Arab dan Parsi.
8. Mengambil arkitek- arkitek dari luar negara untuk memodenkan Turki. Hakikatnya mereka diarah mengukir patung-patung dan tugu-tugunya di seluruh bandar Turki.
9. Satu ucapan beliau di bandar Belikesir di mana beliau dengan terang-terangannya mengatakan bahawa agama harus dipisahkan dengan urusan harian dan perlu dihapuskan untuk kemajuan.
10. Agama Islam juga di buang sebagai Agama Rasmi negara.
11. Menyerang Islam secara terbuka dan terang-terangan.
12. Menggubal undang-undang perkahwinan berdaftar berdasarkan undang-undang barat.
13. Menukar Masjid Ayasophia kepada muzium, ada sesetengah masjid dijadikan gereja.
14. Menutup masjid serta melarang dari bersembahyang berjemaah.
15. Menghapuskan Kementerian Wakaf dan membiarkan anak-anak yatim dan fakir miskin.
16. Membatalkan undang-undang waris, faraid secara islam.
17. Menghapus penggunaan kalendar Islam dan menukarkan huruf Arab kepada huruf Latin.
18. Mengganggap dirinya tuhan sama seperti firaun. Berlaku peristiwa apabila salah seorang askarnya ditanya "siapa tuhan dan di mana tuhan > tinggal?" oleh kerana takut, askar tersebut menjawab 'Kamal Attartuk adalah tuhan" beliau tersenyum dan bangga dengan jawapan yang diberikan oleh askar itu.


Namun, sesungguhnya Allah itu MAHA ADIL LAGI MAHA BERKUASA. Di saat kematiannya, Allah telah mendatangkan beberapa penyakit kepada beliau sehingga beliau rasa terseksa dan tak dapat menanggung seksaan dan azab yang Allah berikan di dunia.

Antaranya ialah :

1. Didatangkan penyakit kulit hingga ke kaki dimana beliau merasa gatal-gatal seluruh badan.
2. Sakit jantung.
3. Penyakit darah tinggi.
4. Panas sepanjang masa, tidak pernah merasa sejuk sehingga terpaksa diarahkan kepada bomba untuk menyiram rumahnya 24 jam.
Pembantu-pembantunya juga diarahkan untuk meletak ketulan-ketulan ais di dalam selimut untuk menyejukkan beliau.
Maha suci Allah, buat macam mana pun rasa panas tak hilang-hilang. Oleh kerana tidak tahan dengan kepanasan yang ditanggung, beliau menjerit sehingga seluruh istana mendengar jeritan itu.

Oleh kerana tidak tahan mendengar jeritan, mereka-mereka yang bertanggung jawab telah menghantar beliau ke tengah lautan dan diletakkan dalam bot dengan harapan beliau akan merasa sejuk.Allah itu Maha Besar, panasnya tak jugak hilang! Pada 26 september 1938, beliau pengsan selama 48 jam disebabkan terlalu panas dan sedar selepas itu tetapi beliau hilang ingatan.

Pada 9 November 1938, beliau pengsan sekali lagi selama 36 jam dan akhirnya meninggal dunia. Sewaktu beliau meninggal, tidak seorang pun yang memandi, mengkafan dan menyembahyangkan mayat beliau.Mayatnya diawetkan selama 9 hari 9 malam, sehingga adik perempuan beliau datang meminta ulama-ulama Turki memandikan, mengkafankan dan menyembahyangkannya. Tidak cukup dengan itu, Allah tunjukkan lagi balasan azab ketika mayatnya di bawa ke tanah perkuburan. Bila mayatnya hendak ditanam, tanah tidak menerimanya. Disebabkan putus asa, mayatnya diawetkan sekali lagi dan dimasukkan ke dalam muzium yang diberi nama EtnaGrafi (kalau tak silap dengar) selama 15 tahun sehingga tahun 1953). Selepas 15 tahun mayatnya hendak ditanam semula, tapi Allah Maha Agung, bumi sekali lagi tak menerimanya. Habis ikhtiar, mayatnya dibawa pula ke satu bukit ditanam dalam satu binaan marmar beratnya 44 tan. Mayatnya ditanam di celah-celah batu marmar. Apa yang menyedihkan, ulama-ulama sezaman dengan Kamal Attartuk telah mengatakan bahawa usahkan bumi Turki, seluruh bumi Allah ini tidak menerima Kamal Attartuk!!! Subhanallah!

Di dunia lagi telah Allah tunjuki keadilan itu. Kita pula bagaimana? Di mana peranan kita terhadap Islam?? sampai bila Islam itu terus ditindas??? Mimpi indah musuh-musuh Islam pastinya tidak akan berpanjangan apabila umat islam kian sedar, insyallah.. Allah pastinya tidak akan membiarkan bumi ini terus dicemari dengan tangan-tangan kezaliman.. Langkah awal bermula dengan inisiatif dari As-Syahid Imam Hassan Al-Banna bermula tahun 1928 dalam menubuhkan jamaah Ikhwanul Muslimin telah merintis jalan kepada perjuangan Ar-Rasul untuk mengembalikan semula khilafah Islamiyyah.

Namun, orang-orang kafir seperti Yahudi dan nasrani akan selalu memusuhi kaum muslimin. Mereka menyukai apa-apa yang menyusahkan kita dan mereka akan selalu melakukan konspirasi untuk berusaha memecah belah dan memusnahkan kaum muslimin. Sesungguhnya Allah SWT berfirman:

“Sesungguhnya orang-orang yahudi dan nasrani tidak akan pernah redha sampai kamu masuk dalam golongan mereka”.(QS.Al Baqarah :120)

Maka, apakah kita masih mampu berpeluk tubuh dan bersenang-lenang? Hanya kebersamaan dan usaha kita semua untuk menegakkan kembali syiar Islam di dunia ini sajalah yang akan menjayakan semuanya. Apa yang paling ditakuti oleh musuh kita, golongan kafir dan munafik adalah apabila semangat dan kesepaduan kita semua. Mengapa perlu kita takut pada mereka kerana sesungguhnya Rasulullah saw juga telah berjanji:

“...Sesungguhnya akan ada Khilafah yang mengikuti metode kenabian”(HR.Ahmad)

Yakinlah, kemenangan Islam pasti akan menjelma! Saat ini kita sudah hampir kepadanya, namun ianya memerlukan usaha daripada semua pihak. Dan adalah ianya menjadi tanggungjawab semua orang dalam menegakkan syiar islam itu. Selagi tidak tertegaknya Islam itu, maka selagi itulah kita WAJIB berjuang memerah setiap titik keringat dan darah yang ada untuk memenangkan Islam. Allah tidak akan bertanyakan tentang hasilnya, akan tetapi Allah akan bertanya apakah usaha yang telah kita lakukan untuk menegakkan kalimah Allah di atas muka bumi ini! Allahuakbar!!

"Sesiapa yang menolong agama Allah, nescaya Allah akan menolongnya dan meneguhkan kedudukannya" (Muhammad:7)

Tuesday, March 1, 2011

S.A.B.A.R

سْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ

Sabar itu suatu kemanisan.. Sukar ditapis saat teruji.. Namun, kerana kesabaran itu, ia mengajar aku erti ketabahan.. Sabar juga mengajar aku erti memahami.. Kerana kesabaran itu mendidikku untuk berakhlak.. Melalui kesabaran itu, aku belajar menghargai.. Dari titik kesabaran itulah aku mengenal erti pekerti.. Rasulullah saw seorang yang penyabar.. Walau teruk ujian dan rintangan dalam menyebarkan dakwah, baginda tetap sabar dan istiqamah dalam perjuangan.. Aku mahu contohi akhlak Ar-Rasul, suri teladan kehidupan sepanjang zaman.. Mengapa perlu mengeluh saat teruji, kerana janji Allah bersama-sama orang yang sabar ^___^.. Aku mahu belajar seni sabar Ar-Rasul, supaya aku menghayati akhlak baginda dalam langkahku :)

Tuesday, February 15, 2011

MARUAH YANG HILANG, IMAN YANG TANDUS..

Likunya sebuah rentas...


Semangat itu pernah jatuh bersama sebuah maruah.. Harga diri itu pernah menyepi bersama teratai usang jiwa seorang pengembara.. Aku melihat kalungan resah dalam jiwa ini kian mencengkam, saat sebuah kejujuran semakin dipersendakan, diejek bagaikan nilai sebuah paluan ikhlas itu ibarat suatu yang berbentuk boneka..

Iman kian rapuh saat tekad yang diletakkan bata bersama-sama bagi membina sebuah saff kemantapan yang saling mendokong laksana mencerna makanan lalu terkumuh begitu sahaja.. Dibuang saat tidak lagi diperlukan, apatah untuk melihat mahupun menilai sebagai sebuah jentera paduan yang utuh.. Segala hayunan langkah dilihat sebagai cerek air yang berbunyi minta ditutup 'api'nya? Kerana bunyi itu hanya semangat kosong yang tiada erti dek mengejar sebuah maruah bergelar manusia berpangkat? Apakah dikira iman seseorang itu pada bicaranya jika tindakannya hanya membabi buta, langsung tiada peduli akan nilai sebuah persaudaraan?

وَعِبَادُ الرَّحْمَنِ الَّذِينَ يَمْشُونَ عَلَى الْأَرْضِ هَوْناً وَإِذَا خَاطَبَهُمُ الْجَاهِلُونَ قَالُوا سَلَاماً
"Dan hamba-hamba Tuhan Yang Maha Penyayang itu (ialah) orang-orang yang berjalan di atas bumi dengan rendah hati dan apabila orang-orang jahil menyapa mereka, mereka mengucapkan kata-kata (yang mengandung) keselamatan."
~ Surah Al Furqan ayat 63 ~


Barisan saff apakah yang diperjuangkan sekarang ini? Pengaruh? Pangkat? Seniority? Kuasa? Berbicara lantang pantas sekali menjentik pengaruh sang berkuasa, jika tiada nilaian akal dan iman.. Sesiapa pun mampu berbicara, sesiapa jua mampu menyerang peribadi si pemanah tegar, kerana setiap jiwa punyai kuota untuk meluahkan apatah lagi membela diri atas segala yang berlaku.. Tapi.. sampai bila? Apakah mampu berlepas diri di hari pengadilan? Semuanya mampu berbicara soal syurga neraka, soal kezaliman dan kebatilan, soal jujur dan hasad, soal dendam dan kesumat.. Tapi, nilai dan semaklah pada diri.. Di mana kita meletakkan iman kita dalam sebuah pentarbiyyahan.. Wujudkanlah jiwa sang dai'e yang penuh hemah BERTAWADDUK, bukan jiwa si pengembara yang merasa jiwanya cukup hebat dalam perjuangan kerana telah lama berdepan dalam dunia pentarbiyyahan namun tidak meletakkan sasaran sunnatullah sebagai bidang sasar sebuah pengislahan.. Hebatnya kamu dalam perjuangan bukan kerana diri kamu, tapi Allah yang membantumu.. Jadilah jiwa-jiwa yang sentiasa berserah diri kepada Allah, bukan jiwa yang kalah dengan pengorbanan yang dilunaskan untuk jalan dakwah ini..

“Hari (Akhirat adalah hari) yang tidak bermanfaat lagi harta mahu pun anak pinak. Kecuali seseorang yang datang kepada Allah dengan membawa HATI YANG SEJAHTERA” (26:88-89)

Wednesday, January 26, 2011

MUNAJAT CINTA


assalamu'alaikum..
bismillahirrahmanirrahiimm



Aku ingin mencintaimu karena sifatmu yang ceria

menjadi semangat yang menyala di dalam hati ini

tapi kemudian aku bertanya

bila keceriaan itu kelam dirundung duka

seberapa muram cintaku kan ada?



Aku ingin mencintaimu karena ramah hatimu

memberi kehangatan dalam setiap sapaanmu

tapi kemudian aku bertanya

kiranya keramahan itu tertutup kabut prasangka

seberapa mampu cintaku memendam praduga?



Aku ingin mencintaimu karena cerdasnya dirimu

membuatku yakin pada putusanmu

tapi kemudian aku bertanya

ketika kecerdasan itu berangsur hilang menua

seberapa bijak cintaku tuk tetap mengharapmu?



Aku ingin mencintaimu karena kemandirian yang kau miliki

menyematkan rasa bangga ku yang mengenalmu

tapi kemudian aku bertanya

jika di tengah itu rasa manjamu tiba menyeruak

seberapa cintaku tetap bersamamu?



Aku ingin mencintaimu karena tegarnya sikapmu

menambatkan rasa kagum pada kokohnya pertahananmu

tapi kemudian aku bertanya

andai ketegaran itu rapuh diterpa badai

seberapa kuat cintaku bertahan?



Aku ingin mencintaimu karena pengertian yang kau berikan

menumbuhkan ketenangan karena kepercayaan yang kau tanam

tapi kemudian aku bertanya

kelak pengertian itu tertelan oleh ego sesaat

seberapa ku mampu mengerti cinta ini?



Aku ingin mencintaimu karena luasnya danau kesabaranmu

menambah dalamnya rasa cinta semakin ku mengenalmu

tapi kemudian aku bertanya

mungkin kesabaran itu mencapai batas membendung kesalahanku

seberapa besar cinta mampu memaafkan?



Aku ingin mencintaimu karena karena keteguhan imanmu

bagai siradj yang benderang mengantarkan cahaya

tapi kemudian aku bertanya

kala iman itu jatuh menurun

seberapa berkurang akhirnya cintaku padamu?



Aku ingin mencintaimu karena kau yang tlah kupilih

sebagai cinta yang kan kupegang sepanjang hayat

tapi kemudian aku bertanya

pun hati ini tergoncang

seberapa mantap cinta ini tuk tetap setia?



Andai sejuta alasan tak cukup

untuk membuat cinta ini tetap bersama dirimu

maka biar kupinta satu alasan tuk menjaga cintaku..



Aku ingin mencintaimu karena Allah..

karena Dia kan selalu ada tuk menjaga

maka cintaku kan tetap utuh dan setia

hingga kelak, ku tak mampu lagi mencintaimu

karena cintaku berpulang pada-Nya..



*untuk dia yang ku ingin mencintainya, kata yang ingin kuucap, kupegang dan kupertahankan.setelah walimatul ursy’..



Bismillahirrahmaanirrahiim.

Aku ingin mencintaimu karena Allah..

Friday, January 21, 2011

Cinta Memori Dalam Dukungan Tarbiyyah!

Sweetest surprise di hari lahir. Thanks dear!

Teratak Sri Permai:Ziarah Ukhuwah:)


Tarbush : Uhibbukifillah, dear!


Ukhuwah kita teruji dengan '10 hari' yang akhirnya mengeratkan lagi hubungan kita


Jaulah BUMI CINTA : Kelantan-Penang;)

'Hadiah' befday teristimewa sweet 21=D

Favourite picture;))!

Alhamdulillah! Tanggal 7 Julai 2010, ukhuwah kita bertaut dalam satu pertemuan tidak terduga namun dalam aturan Ilahi.. Di jalan tarbiyyah ini kita berkenalan dan kerana jalan tarbiyyah ini juga kita akan berjauhan demi meraih REDHA ILAHI.. Biarpun perkenalan kita terlalu singkat untuk dibandingkan dengan keakraban yang cukup menjadikan kita saling mengenali, namun tautan hati dalam ukhuwah ini terlalu bermakna bagiku.. Terlalu banyak pahit manis, senda gurau, rajuk tangis, tawa riang, hujah menghujah, nasihat meng'emo', ego mengego dan kasih mencintai mewarnai ukhuwah kita dalam kesingkatan waktu yang mengindahkan..

"Aku mencintaimu kerana AGAMA mu.. Jika hilang AGAMA mu dari dirimu, maka hilanglah cintaku padamu" (Imam Nawawi)

Masih ingatkah lagi pada 13 Oktober 2010? Tarikh di mana ukhuwah kita teruji hebat! Selama 10 hari Allah mentarbiyyah ukhuwah kita.. Namun kerana ujian itu jugalah kita lebih mengenali dan menjadikan ukhuwah kita bertambah kukuh, insyallah.. Mungkin ukhuwah ini dilihat sebagai sesuatu yang biasa bagimu, namun ketahuilah juga, aku memilihmu bukan untuk kebahagiaanku, namun untuk AGAMA ku! Mengapa harus ku lepaskan persahabatan ini, jika Kak As lah yang menjadi 'minyak' kala diriku memerlukan isinya saat tangkiku hampir kehausan! Dan, mengapa juga perlu disembunyikan kasih dan sayang kita, jika itu boleh menjadi contoh buat sahabat lain untuk sama-sama berkasihan sesama akhawat kita terlebih dahulu, daripada mendahului sandaran kasih buat sang kesuma berlawanan jenis? Mengapa perlu lemah saat fitnah-fitnah menjalar dalam hubungan kita? Tidakkah kita perlu saling mengukuhkan kerana saat terujinya ukhuwah kita, ianya sebagai tanda kesetiaan dan kejujuran kita? Hmm... Tidak perlu lagi ku coretkan terlalu mendalam tentang dirimu di sini, biarlah hanya kita saling mengetahui siapa kita kepada satu sama lain..


Terkesan pada 7 golongan yang dijanjikan Allah mendapat naungan Arasyh dari sabda Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari dan Muslim katanya;

'Dua insan yang berkasih sayang kerana Allah, mereka bertemu dan berpisah kerana Allah'

Setiap pertemuan, pasti adanya perpisahan.. Saat ini ukhuwah kita kembali teruji kan? Sejauhmana penghargaan kita terhadap satu sama lain dan sejauhmana kesetiaan kita pada ukhuwah ini.. Aku sentiasa mendoakan agar walau sejauhmana pun jarak kita, ukhuwah dan keakraban kita akan tetap teguh seperti sediakala.. Melatah kala diuji bukanlah suatu impian yang harus ditunaikan.. Berjanjilah! Kita akan terus bersama dalam jalan ini!! Walaupun seringkali terabai kemesraan antara kita sejak akhir-akhir ini dek ingin menjernihkan keadaan yang tercipta kerana fitnah-fitnah yang mengkontroversikan persahabatan kita, namun jauh di sudut hati biarpun terkilan dan kecewa, tapi hati ini menguntum senyuman bahagia tiada terkata kerana kita tetap lagi BERSAMA DI JALAN DAKWAH DAN TARBIYYAH. Malah, biarpun Kak As cuba menjarakkan demi kebaikan bersama, namun ku tahu banyak yang tidak terluah oleh bicaramu, akan tetapi tindakan dan bahasa badanmu sudah cukup memberi erti yang mendalam untuk ukhuwah ini.. Egomu terkadang menyesakkan, diammu terkadang menghangatkan, rajuk mu terkadang mencengkam dan bebelan mu terkadang menggelikan, namun itulah asam garam ukhuwah ini.. Bahagia dengan perkenalan bersama sahabatku, Nurul Asmaa' Ismail:) Terima kasih kerana menjadi dirimu dan terima kasih untuk ukhuwah kita yang sangat manis.. Berdoalah semoga Allah menyatukan kita hingga ke Jannah, menjadi tetangga syurga yang diimpi, amin..

PERPISAHAN DAN KEJAUHAN INI DALAM REDHA KERANA CINTA ILAHI.. KUKUHKAN UKHUWAH INI, MOGA KEMESRAAN KITA AKAN TERUS MEKAR..

>> Sayang saya tak?;p
Saya kan 'ADIK ANGKAT' Kak As.. Saya juga CUCU USRAH Kak As.. Saya juga SAHABAT Kak As.. Saya juga AKHAWAT, sama macam Kak As.. Lagi?? Saya tahu Kak As SAYANG saya, nanti jangan lagi RINDU saya;p


Sunday, December 26, 2010

Ukhti.......


(Khas untuk Ahli Wanita Pertubuhan IKRAM Malaysia, Sempena PATWA 2010)


Ukhti

Hari ini aku berdiri

Menggenggam bara api

Di hadapanmu ya ukhti

Disaksikan Ilahi Rabbi


Ukhti

Engkau dan aku sama berdiri

Menjunjung titah Ilahi

Memimpin umat ke jalan selamat

Jalan Islam yang penuh rahmat

Beribadat kepada Allah jadi matlamat

Mentaati perintah-Nya, menjauhi maksiat


Ukhti

Engkau dan aku sama berdiri

Menjulang kitab suci

Ayat-ayatnya difahami dan di hayati

Menegakkan Syari’ah di dalam diri

Kelak kan berdaulat di persada bumi


Ukhti

Engkau dan aku sama berdiri

Mendakap Sunnah Nabi

Mengangkat wanita setaraf lelaki

Nyawa, harta dan maruah dilindungi

Keluarga diperkasa, masyarakat disantuni


Ukhti

Hari ini kita sama berdiri

Mengikat satu janji

Memantapkan saf

Memimpin ummah

Mendaulatkan Syari’ah


Ukhtuki fillah

~Kak Maznah~

13 Muharram 1432
19 December 2010 

Wednesday, December 22, 2010

Mengapa?? Kenapa?? Bagaimana?? Apakah??

Kenapa kita sering melihat sesuatu yang tidak pada milikan kita sebagai yang terbaik dan beriya-iya mahukan sesuatu yang tidak seharusnya menjadi milik kita, tanpa merenungi sebenarnya kita harus mensyukuri tiap apa yang kita perolehi kerana ianya pasti lebih baik dalam perancanganNYA?

Rata-rata daripada kita juga sering kali memikirkan tentang perasaan kita sebagai anak yang terguris dengan ibu bapa, terasa dengan tindakan ibu bapa, tak sehaluan dengan tindakan ibu bapa dan pelbagai lagi yang tidak kena dengan ibu bapa kita.. Namun, pernahkah walau sekali kita memikirkan hati ibu bapa kita yang terguris? Pernahkah kita si anak yang memikirkan jiwa dan kesulitan yang ditanggungi ibu bapa kita saat mereka membesarkan kita? Cukupkah untuk membalas jasa mereka dengan hanya menghadiahkan mereka dengan segulung ijazah, master, atau phd? Di manakah tempat ibu bapa pada kehidupan kita?

Acap kali juga ada yang membandingkan ibu bapa orang lain dengan ibu bapa sendiri.. Cemburu dengan kekayaan yang dimiliki orang lain, ada juga yang cemburu dengan kemesraan orang lain, ada bermacam-macam rencah yang tidak sebati pada jiwa kita.. Namun, apakah usaha kita untuk menyempurnakan semua itu? Belum cukupkah kekayaan pada sebuah kehidupan yang telah Allah jadikan sempurna untuk kehidupan kita? Belum selesakah keindahan yang Allah kurniakan untuk perjalanan kasih sayangNYA untuk kita? Belum istimewakah kita menjadi insan berbanding penciptaan makhluk lain? Apakah lagi kesempurnaan yang kita mahukan?

Sebagai pelajar, apakah yang kita kejarkan dan untuk apakah ianya kita mahukan? Sebagai penjawat, apakah yang kita kerjakan dan untuk apakah segalanya yang berlaku dalam perjalanan menuju Allah? Apakah hanya sekadar rutin, minat mahupun kerjaya untuk mencari rezeki? Seandainya saat kita berniat untuk menggenggam ijazah untuk kepuasan hidup dan memberi kesenangan buat kedua ibu bapa kita, bagaimana seandainya belum sempat kita memperoleh ijazah tersebut, Allah menjemput kita terlebih dahulu menemuiNYA? Maka pastinya kita tidak sempat untuk memberikan ijazah tersebut buat ibu bapa kita? Bagaimana jika niatnya adalah menerokai ilmu Allah dan semua yang dilakukan kerana Allah walau dalam apa jua keadaan, jika ianya belum sempat dihabiskan mahupun dicapai, segalanya bertukar mencari keredhaan Allah semata-matakan? Tidakkah ianya cukup manis lagi membahagiakan?

Jadi, di mana kita? Bagaimanakah kita? Siapakah kita? Tepuk iman, renungi Taqwa:)

Friday, November 26, 2010

Ini Sejarah Kita...




Fahamkah anda akan graf di tersebut? Graf tersebut adalah berkenaan dengan tempoh masa dari penyebaran Islam di Tanah Arab sehinggalah pada masa kini. Cuba anda lihat, di manakah tahap kita berada sekarang? Di manakah zaman yang sedang kita berbahagia berada? Ya Allah… terlalu sukar untuk kita bayangkan. Adakah zaman kita sekarang setaraf dengan zaman Jahiliyah dahulu kala? Wallahualam. Kepada mereka yang belum memahami setiap butiran yang berada pada graf tersebut bolehlah membaca sedikit penerangan di bawah ini.

Sebelum kedatangan Islam di Tanah Arab, era ini dinamakan sebagai zaman gelap masyarakat Arab. Masyarakat ini asalnya mengikut ajaran Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail a.s. tetapi telah terpesong kepada penyembahan berhala dan nenek moyang. Mereka mempunyai semangat assobiyah yang sangat tinggi dan ketika ini sangat berleluasa berlakunya perlakuan zina, judi, pembunuhan anak perempuan dan juga penindasan terhadapan golongan miskin dan anak yatim.

Selepas penurunan wahyu pertama, era ini kemudian dinamakan sebagai era Mekah. Era ini berlansung selama 13 tahun (610 – 623M). Selama berlangsungnya era ini, Rasulullah s.a.w. beserta para sahabat terbabit dalam pendakwahan di mana ianya bermula dengan mereka yang terdekat dan dipercayai serta seterusnya kepada seruan terbuka. Dakwah Islamiyyah ini tetap diteruskan walaupun mengharungi pelbagai mehnah dan tribulasi seperti penentangan oleh kaum Quraisy dan juga Bani Tha’if. Selama 13 tahun baginda s.a.w. melakukan dakwah, hanya 300 orang sahaja yang menerima Islam (anggaran).

Dengan perintah Allah, Rasulullah s.aw. berhijrah ke Madinah. Kaum muslimin terpaksa meninggalkan kampung halaman, harta dan ladang-ladang mereka. Negara Islam Madinah telah dibina dengan mengangkat Rasulullah s.a.w. sebagai pemimpin. Era ini berlangsung selama 10 tahun (623 – 633M). Dengan adanya kuasa, pelbagai syariat telah diturunkan dan dilaksanakan dalam sistem negara. Manusia dapat melihat Islam daripada sudut aqidah, sosial, ekonomi dan perundangan. Dalam suasana ini, Allah s.w.t. telah mensyariatkan pelbagai hukum kepada ummat Islam. Setelah 10 tahun di Madinah, seramai 124 000 orang (atau 144 000 orang) telah menerima Islam (dianggar berdasarkan Haji Wada’ pada tahun 10 Hijrah).

Era Khulafa’ Ar- Rashidin bermula pada 633 sehingga 661 masihi sejurus selepas kewafatan Rasulullah s.a.w. Ianya bermula dengan pemerintahan Abu Bakar As-Siddiq, diikuti Umar Al-Khattab, Uthman Al-Affan dan Ali Abi Talib. Sepanjang era Khulafa’ Ar-Rashidin, berlaku pengukuhan dan perluasan Daulah Islamiyyah.

Era umayyah pula bermula pada 661 hingga 750 masihi. Khalifah pertama adalah Muawwiyah bin Abi Sufyan menandakan di mana bermulanya era pemerintahan berbentuk dinasti. Kerajaan Bani Umayyah berpusat di Damsyik, Syam dan antara tokoh pemerintah yang terkenal dalam era ini adalah Umar bin Abdul Aziz. Dalam era ini, berlaku perluasan kuasa Islam secara besar-besaran.

Era Abasiyyah pula bermula pada 750 hingga 1265 masihi. Dibahagikan kepada 2 zaman iaitu Zaman Keemasan dan Zaman Kejatuhan. Kerajaan Abassiyyah diasaskan oleh Abu Al-Abbas Abdulllah dan berpusat di Kota Baghdad (Iraq). Zaman keemasan kerajaan Abassiyyah berlangsung ketika pemerintahan Khalifah Harun Ar-Rasyid yang menandatangani perjanjian dengan Empayar Tang China dan Khalifah Al-Makmun yang terkenal dengan perkembangan ilmu dan teknologi. Ketika era ini, pelbagai tokoh Islam yang dikagumi seperti Ibn Battutah dan Ibnu Nadhir yang terlibat secara tidak langsung dalam Baitul Hikmah, tokoh-tokoh ilmu fiqh seperti Imam Syafie dan Imam Malik serta tokoh-tokoh ilmu hadis seperti Imam Bukhari dan Imam Muslim. Tatkala Kerajaan Abbasiyyah berada di kemuncak kegemilangan, serangan monggol berlaku pada 656 Hijrah (1258 M).

Dengan kejatuhan era Abasiyyah, Kerajaan Turki Uthmaniyah mulai naik. Kerajaan ini diasaskan oleh ‘Uthman Gazi. Kerajaan ini bermula pada 1265 hingga 1924 M dan pernah menguasai sehingga Austria, Hungary, Romania, Bulgaria, Czech, Yugoslavia dan Albania. Antara pemerintah yang terkenal adalah Sultan Muhammad II Al-Fateh di mana beliau berjaya membuka Kota Constantinople pada 857 H (1453 M). Beliau juga menguasai Selatan Greek, Albania dan Ukraine. Beliau mengarahkan misi ke Rom dan tentera Islam berjaya menawan Otranto. Tetapi misi ini terbantut dengan kematiannya pada 886 H (1481 M).

Era kejatuhan khalifah berlaku sejurus Kekalahan kerajaan Uthmaniyyah dalam peperangan Perang Dunia I. Sultan Abdul Hamid II17 (1876 – 1909 M) merupakan sultan kerajaan Turki ‘Uthmaniyyah yang terakhir yang betul-betul mengamalkan sistem khilafah. Kejatuhan ini dibantu oleh kemunculan Mustafa Kamal Attartuk, seorang jeneral tentera, yang ditonjolkan oleh British sebagai tokoh kepimpinan yang hebat. Selepas itu, Umat Islam kehilangan sistem khilafah yang menaungi umat Islam secara global dan segala usaha untuk menghidupkan kembali pemerintahan khilafah belum mendatangkan hasil.

Amat malang sekali, kejatuhan ini tidak begitu diketahui oleh umat Islam secara umum. Kenapa ini boleh berlaku? Tanah umat Islam di timur tengah dipecah-pecah mengikut citarasa penjajah. Wilayah Islam dipecah-pecahkan mengikut geografi. dan mengikut kawasan seperti Palestin, Mesir, Algeria, Maghribi, Tunisia, Syria dan negara-negara Islam yang lain. Dengan wujudnya wilayah-wilayah yang berasingan ini menjadikan setiap negara hanya mempertahankan negara sendiri sahaja tanpa mempedulikan negara Islam lain yang diserang. Tidak hairanlah ketika Palestin diserang, apakah yang dilakukan oleh negara-negara Islam yang lain? Wallahualam

Thursday, November 25, 2010

Gambaran Kegemilangan Islam : Armada Cheng Ho

Armada Pelayaran Cheng Ho


Gambaran anak-anak kapal yang dikendalikan oleh Cheng Ho









Laksamana Cheng Ho








Laluan Pelayaran Cheng Ho


Pernahkah kita mengikuti tentang pelayaran agung Cheng Ho ke Melaka? Secara peribadinya, selama saya mempelajari sejarah di sekolah menengah, jauh di benak tidak pernah teruja untuk mengetahui berkenaan Laksamana Cheng Ho memandangkan yang diketahui adalah beliau hanya melakukan pelayaran 'biasa'. Namun hakikat yang sebenar, pelayaran beliau bukanlah sekadar pelayaran dari satu tempat ke tempat yang lain semata-mata, bahkan ianya lebih bermakna dari itu. Jika difikirkan secara logik akal juga, apakah sebuah pelayaran yang melibatkan
pelayar yang berkuantiti besar dan menggunakan kapal yang besar tidak mempunyai matlamat dan kepentingan tertentu?

Jika dihayati, pada musim luruh 600 tahun yang lalu iaitu pada tahun 1405 Masihi, sebuah armada yang paling besar skopnya di dunia pada masa itu bertolak dari pelabuhan Sungai Yangtze di luar Bandar Nanjing, ibu negara kerajaan Dinasti Ming bagi belayar ke seberang laut. Laksamana Cheng Ho adalah orang yang bertindak memimpin pelayaran secara besar-besaran tersebut.

Nama asal Cheng Ho ialah Ma Sanbao. Beliau dilahirkan dalam sebuah keluarga Etnik Hui yang menganut agama Islam di Yunnan, barat daya China. Datuk dan bapanya telah menunaikan fardu haji di Mekah. Mereka mengetahui keadaan di luar negara kerana suka menjelajah.

Bandar Nanjing terletak di pinggir Sungai Yangtze, sungai yang terbesar di China. Industri pengeluaran kapal sudah bersejarah lama dan sangat berkembang di Nanjing pada masa itu. Berdasarkan catatan sejarah, terdapat 34 buah bengkel pembuat kapal di luar Bandar Nanjing dan tukang-tukang kapal yang terbaik di seluruh China telah bertumpu di Nanjing. Taraf kemahiran pembuatan kapal daripada tukang-tukang tersebut merupakan taraf tertinggi bagi industri pembuatan kapal di dunia pada masa itu. Kapal "Baochuan" yang digunakan dalam pelayaran Cheng Ho ialah dibuat di Nanjing. Kapal "Baochuan" merupakan kapal layar bersaiz besar. Disebabkan pelayaran itu dilaksanakan berdasarkan titah Maharaja Zhu Di, maka kapal-kapal tersebut bukan sahaja ukurannya besar, tetapi juga diperlengkapi dengan kemudahan-kemudahan yang moden. Pada tahun 1957, sebuah batang kemudi sepanjang 11.7 meter daripada kapal "Baochuan" telah digali keluar daripada perut bumi di tapak bengkel pembuat kapal "Baochuan" di Nanjing. Kalau dikira berdasarkan panjang batang kemudi tersebut, maka kapal "Baochuan" armada Cheng Ho yang paling besar telah mencatat lebih seribu tan, ini merupakan kapal yang paling besar di dunia pada masa itu!

Armada Cheng Ho terdiri daripada beberapa puluh kapal yang berbeza-beza saiznya. Jumlah keseluruhan pegawai, pedagang dan anak kapal armada Cheng Ho mencatat lebih 20 ribu orang. Sutera, barang porselin dan barang seni kraf tangan lain dimuatkan di dalam kapal-kapal tersebut. Semasa armada itu berlabuh di setiap pelabuhan luar negara, Laksamana Cheng Ho akan menganugerahkan cap mohor yang diperbuat daripada perak dan menghadiahkan cenderamata kepada raja negara-negara yang dilawati. Laksamana Cheng Ho juga menyampaikan titah Maharaja Zhu Di Dinasti Ming China yang menggalakkan negara-negara tersebut menghantar utusan melawat China agar meningkatkan pertukaran antara satu sama lain. 7 kali pelayaran seumpama itu telah dilaksanakan oleh Laksamana Cheng Ho dalam tempoh 28 tahun. Pada tahun 1435, Laksamana Cheng Ho yang berusia lebih 60 tahun meninggal dunia di India dalam pelayaran ke-7 semasa kembali ke China.Armada Cheng Ho berjaya tiba di pantai Laut Merah dan pantai timur Afrika dan telah melawat lebih 30 buah negara dan kawasan di Asia dan Afrika dalam 7 kali pelayaran itu. Pelayaran Laksamana Cheng Ho ke negara-negara Asia dan Afrika itu telah meluaskan pandangan rakyat China dan meningkatkan pengetahuan geografi rakyat China. Pelayaran itu juga telah meningkatkan petukaran, persefahaman dan perdagangan antara rakyat China dengan rakyat pelbagai negara Asia dan Afrika. Pelayaran Laksamana Cheng Ho lebih awal separuh abad daripada Christopher Columbus, pelayar yang terkenal di dunia.

Pelayaran Cheng Ho ke seberang laut juga telah meninggalkan warisan kebudayaan dan kesenian kepada kita. Sekarang banyak sasterawan telah menggubah drama, novel, drama TV dan lain-lain untuk menggambarkan pelayaran Laksamana Cheng Ho secara besar-besaran pada masa itu, memuji sumbangan yang dibuat oleh Laksamana Cheng Ho kepada kegiatan pelayaran sedunia serta sumbangannya kepada persahabatan dan pertukaran antara China dan pelbagai negara di dunia.

Jika direnungi pada sejarah silam mengenai Laksamana Cheng Ho, sudah pastinya ia merupakan sebuah perjuangan yang sangat hebat dalam menyebarkan Islam. Namun, mengapa kebanyakan kisah berkenaan Laksamana Cheng Ho hanya menyebut berkenaan pelayaran beliau adalah dalam usaha berdagang ke negara asing dan membuat hubungan diplomatik dengan negara tersebut? Kisah beliau hanya banyak berlegar-legar dengan kisah sebegitu, tanpa sesuatu yang istimewa yang harus kita banggakan.

Walaubagaimanapun, utamanya harus kita renungi keistimewaan sebenar yang tersembunyi mengenai Laksamana Cheng Ho antaranya keperibadian beliau, kehebatannya memimpin armada yang agung, keIslaman beliau, gerak kerja dakwah beliau, toleransi dan ketegasan beliau dalam hubungan dengan penganut lain, sumbangan besar beliau pada agama Islam, dan yang lain-lain sangat kurang ditonjolkan. Namun demikian, jika diteliti dalam kebanyakan buku-buku sejarah, ada pihak yang beranggapan bahawa Cheng Ho bukan beragama Islam, tetapi beliau menganuti agama Buddha. Buktinya terdapat banyak patung-patung Cheng Ho dibina di tokong-tokong sebagai tugu peringatan di Jawa, Indonesia bahkan terdapat juga di Malaysia dan Brunei.

Setelah saya mengunjugi Expo Cheng Ho dengan usahasama Kerajaan Negeri Kelantan dan negara China, saya amat terkesima dan teruja dengan sejarah berkaitan Cheng Ho terutamanya apabila mengetahui berkenaan armada yang dikemudinya. Persiapan perdagangan dan pelayaran yang dilakukan oleh Cheng Ho dan tentera - tentera di bawah pimpinannya cukup strategik dan bersistematik.

Angka sebenar yang mengikuti pelayaran tersebut hampir 28,000 orang, bukanlah 2,800 orang seperti yang dipelajari sebelum ini! Mashallah! Patutlah ianya digelar PELAYARAN AGUNG! Cukup mengujakan! Namun, bagaimana Laksamana Cheng Ho mampu mengawal armada dalam kuantiti seramai itu dengan melalui pelayaran yang sangat jauh, bahkan di tengah-tengah lautan yang bermusim? Subhanallah!

Laksamana Cheng Ho telah membahagikan armadanya kepada empat bahagian utama yang mempunyai peranan masing-masing dalam usaha memastikan kejayaan setiap misi pelayaran tersebut. Malahan beliau jugalah yang menjadi ketua komando bagi komando-komando armadanya yang merupakan bahagian yang paling ramai dalam armada tersebut. Malahan, beliau turut menggunakan kaedah ilmu Falaq sebagai petunjuk arah laluan pelayaran beliau.

Selain berbekalkan dengan 28,000 orang awak-awak kapal, kapal tersebut dipenuhi dengan barang-barang dagangan seperti sutera, wangi-wangian, rempah dan sebagainya yang berkapasiti lebih dari 2500 tan muatan. Kapal-kapal yang dipimpin oleh Cheng Ho bukanlah satu atau dua buah, bahkan ratusan buah kapal!!. Antaranya 62 buah kapal besar, diiringi dengan lebih kurang 200 buah kapal kecil yang berfungsi sebagai kapal komando, kapal kuda, kapal tempur dan sebagainya. Ukuran bagi sebuah kapal besar Cheng Ho adalah berukuran sekitar 122 meter panjang dan 52 meter lebar menjadikan ia kapal yang terbesar di dunia pada ketika itu. Bayangkan selama 7 kali pelayaran yang dilakukan oleh Cheng Ho sepanjang 28 tahun, berlayar sejauh beribu batu ke negara seperti Afrika, Ormuz, Asia Tenggara, Jawa, Melaka dan lain -lain berbekalkan dengan kekuatan armada yang tidak dapat ditandingi sesiapa walaupun selepas 100 tahun Cheng Ho meninggal dunia.

Bagi saya, pelayaran agung Cheng Ho yang membawa 'misi damai dan dagang' ini tidak mampu ditandingi tokoh pelayaran lain seperti Vasco Da Gama, Christoper Colombus, Marco Polo dan Ferdinand Magellan. Kebanyakkan mereka melakukan pelayaran sekitar 50 - 100 tahun selepas Cheng Ho bahkan masih tidak mampu untuk menandingi kekuatan armada laut yang pernah dipimpin oleh Cheng Ho. Allahuakbar!

"Bilakah sejarah ini akan kembali berulang??"

Thursday, November 18, 2010

Muhasabah Diri : 5 Perkara Sebelum Datang 5 Perkara...

.....KAU & AKU ANTARA 2 JARI....

Tirai cuti semester sudah menampakkan sinar riang.. Namun, apakah pengisian untuk cuti kali ini yang 'merehatkan' kita hampir 2 bulan ini.. Dalam pada mengatur pelbagai aktiviti untuk cuti ini, tiba-tiba terbaca akan hadith ini yang berbunyi:

“Rebutlah lima perkara sebelum datang lima perkara lain, yaitu masa muda engkau sebelum datangnya hari tua, masa sehat engkau sebelum dilanda sakit, masa kaya engkau sebelum masa miskinmu, masa lapang engkau sebelum datangnya waktu sibuk, dan masa hidup engkau sebelum datangnya saat kematian.” (Hadith Riwayat Muslim dan Tirmizi dari Amru bin Maimun r.a.)

Terduduk seketika merenung kembali perancangan-perancangan yang dibuat.. Cuba mengaitkan dengan hadith di atas.. Terfikir juga, sejauhmana perancangan yang cuba aku aturkan selama cuti kali ini akan menjadi bekal amal ku di akhirat kelak.. Bagaimana pula setiap amal itu ku jagai agar terus konsisten terutama pada saat aku sedang berhibur dan bergembira?

Benarlah! Rebutlah 5 perkara sebelum datang 5 perkara yang lain. Usah kita terlena, terutama pada saat kita muda, sihat, kaya, lapang, dan pada saat kita masih hidup. Terus kuatkan diri, terus perbaiki diri, untuk memastikan kita menjadi individu 'yang lebih baik hari ini dari kelmarin dan esok harus lebih baik dari hari ini'.

Namun, sistem apakah mampu kita aturkan untuk membantu tindakan kita dalam merangka segala aktiviti supaya kita konsisten dan istiqamah? Sistem ini mungkin berupa tugas-tugas rutin yang perlu kita kerjakan, hal-hal yang harus terus kita baca dan fahami, ataupun adanya sahabat-sahabat yang dapat terus saling mengingatkan antara satu sama lain. Berbicara soal sahabat-sahabat, hakikatnya, adalah amat penting seseorang teman, sahabat mahupun saudara yang saling mengingatkan iaitu sentiasa dapat mengingatkan kita dalam kebenaran dan kesabaran.

"Demi masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat menasihati supaya menaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran." (Al-Asr:1)

Secara zahirnya, hadith Rasulullah saw berkenaan peringatan mengenai "lima perkara sebelum lima perkara" itu maksudnya adalah supaya kita mempergunakan waktu dan kesempatan dengan sebaik-baiknya, sebelum hilangnya kesempatan tersebut. Hadis tersebut diriwayatkan oleh Imam Hakim.

Lima perkara tersebut adalah sebagai berikut:
  1. "Pergunakan masa mudamu sebelum datang masa tuamu". Masa muda hendaklah dipergunakan sebaik-baiknya untuk mencapai kebaikan, dan keberhasilan yang jitu, kerana masa mudalah kita mempunyai keupayaan, keinginan dan cita-cita yang ingin kita raih. Namun, ianya bukan bererti masa tua akan menghalang kita untuk tetap berusaha mencapai keinginan kita, tapi tentulah usaha masa tua akan berbeza halnya dengan usaha saat kita masih muda. Maka dari itu masa muda hendaklah diisi dengan berbagai kegiatan yang bermanfaat hingga tidak mendatangkan penyesalan di kemudian hari.

  2. "Pergunakan masa luangmu sebelum datang masa sibukmu". Di sini kita dianjurkan untuk menghargai waktu, agar ianya dapat diisi dengan hal-hal yang bermanfaaat, baik untuk diri sendiri mahupun orang lain. Misalnya, menziarahi saudara ketika ada kesempatan sebelum kesibukan menghampiri kita, hingga tidak sempat lagi untuk mengunjungi kerabat.

  3. "Pergunakan waktu sihatmu sebelum datang waktu sakitmu". Hal ini juga anjuran agar kita sentiasa berwaspada pada segala kemungkinan yang sifatnya di luar jangkauan manusia, seperti sakit. Sakit di sini bukan sebatas sakit jasmani sahaja, tapi juga sakit rohani. Maka ketika kita sihat jasmani-rohani, hendaknya kita sentiasa mempergunakannya untuk hal-hal yang bermanfaat tanpa mengsia-siakan waktu yang ada.

  4. "Pergunakanlah waktu kayamu sebelum datang waktu miskinmu". Ketika kekayaan ada pada kita, samadase berupa material atau selain daripadanya, maka hendaknya kita memanfaatkannya sebaik-baiknya, jangan menghambur-hamburkannya tanpa tujuan kerana setiap sen amanah harta yang kita pinjamkan dari Al-Khaliq akan disoal kelak.

  5. "Pergunakan hidupmu sebelum datang matimu". Yang terakhir ini merupakan kesempurnaan dari empat hal di atas. Ketika kita diberi kehidupan maka hidup yang diberikan pada kita itu sebenarnya merupakan kesempatan yang hanya datang sekali sahaja.. Kehidupan harus dijalani sesuai tuntutan kemaslahatannya.

Lima hal itu merupakan intipati misi dan visi kehidupan seseorang manusia kerana kunci kesempurnaan hidup itu terletak pada bagaimana kita "mempergunakan kesempatan dengan sebaik-baiknya". Mempergunakan kesempatan adalah merupakan bentuk pasrah pada upaya & usaha, bukan pada hasil kerana Allah menilai kepada USAHA, bukan hasil yang diutamakan. Prinsip pasrah pada upaya & usaha akan membentuk jiwa yang teguh, mantap, kuat, dan tidak mudah putus asa. Bila suatu saat upaya kita belum menghasilkan target yang kita harapkan, maka kita tidak lantas putus asa, kerana kewajipan kita adalah berusaha. Berusaha dan berusaha.

Suka aku tinggalkan bait-bait ini, agar mampu diselitkan bersama renungan amal yang subur, tanpa hanya sekilas pandangan berkhilaf yang hanya membiarkan sahaja serpihan waktu hidup kita sebagai hamba-hamba Allah yang rugi... Na'uzubillah...

Bersihkanlah dirimu sebelum kamu dimandikan,
Berwudhu'lah kamu sebelum kamu diwudhu'kan
Dan solatlah kamu sebelum kamu disolatkan

Tutuplah 'auratmu sebelum 'auratmu ditutupkan
Dengan kain kafan yang serba putih
Pada waktu itu tidak guna lagi bersedih
Walaupun orang yang hadir itu merintih

Selepas itu kamu akan diletak di atas lantai
Lalu dilaksanakanlah solat Jenazah
Dengan empat kali takbir dan satu salam
Berserta Fatihah, Selawat dan doa
Sebagai memenuhi tuntutan Fardhu Kifayah
Tapi apakah empat kali takbir itu dapat menebus
Segala dosa meninggalkan solat sepanjang hidup?

Apakah solat Jenazah yang tanpa rukuk dan sujud
Dapat membayar hutang rukuk dan sujudmu yang telah
luput?
Sungguh tertipulah dirimu jika beranggapan demikian
Justeru ku menyeru sekelian Muslimin dan Muslimat
Usunglah dirimu ke tikar solat
Sebelum kamu diusung ke liang lahad
Menjadi makanan cacing dan makanan ulat

Iringilah dirimu ke masjid
Sebelum kamu diiringi ke Pusara

Tangisilah dosa-dosamu di dunia
Kerana tangisan tidak berguna di alam baqa'

Sucikanlah dirimu sebelum kamu disucikan
Sedarlah kamu sebelum kamu disedarkan
Dengan panggilan 'Izrail yang menakutkan

Berimanlah kamu sebelum kamu ditalkinkan
Kerana ianya berguna untuk yang tinggal
Bukan yang pergi

Beristighfarlah kamu sebelum kamu diistighfarkan
Namun ketika itu istighfar tidak menyelamatkan
Ingatlah di mana saja kamu berada
Kamu tetap memijak bumi Tuhan
Dan dibumbungi dengan langit Tuhan
Serta menikmati rezeki Tuhan

Justeru bila Dia menyeru, sambutlah seruan-Nya
Sebelum Dia memanggilmu buat kali yang terakhirnya
Ingatlah kamu dahulu hanya setitis air yang tidak
bererti
Lalu menjadi segumpal darah
Lalu menjadi seketul daging
Lalu daging itu membaluti tulang
Lalu jadilah kamu insan yang mempunyai erti
Ingatlah asal usulmu yang tidak bernilai itu
Yang kalau jatuh ke tanah
Ayam tak patok itik tak sudu
Tapi Allah mengangkatmu ke suatu mercu
Yang lebih agung dari malaikat

Lahirmu bukan untuk dunia
Tapi gunakanlah ia buat melayar bahtera akhirat

Sambutlah seruan 'Hayya 'alas Solaah'
Dengan penuh rela dan bersedia
Sambutlah seruan 'Hayya 'alal Falaah'
Jalan kemenangan akhirat dan dunia

Ingatlah yang kekal ialah amal
Menjadi bekal sepanjang jalan
Menjadi teman di perjalanan
Guna kembali ke pangkuan Tuhan
Pada hari itu tiada berguna Harta, tahta dan putera
Isteri, kad kredit dan kereta
Kondominium, saham dan niaga
Kalau dahi tak mencecah sejadah di dunia.

Monday, November 15, 2010

"Umpama air kotor di dalam gelas"


خير الناس أنفعهم للناس
"Sebaik-baik manusia ialah yang paling bermanfaat kepada manusia. "




"Seandainya diletakkan matahari di sebelah tangan kananku, dan bulan di tangan kiriku..pasti aku tidak akan meninggalkannya melainkan aku menang dengannya, atau aku mati kerananya"


Dalam damai keheningan dinihari yang permai, aku termenung jauh dengan sedaya upaya cuba menghalusi perasaan ini.. mencari dan mendalami.. Mencari lokus kekuatan seorang mukminah yang berlari di pentas dunia dengan menggenggam risalah suci.. Berlari dengan kukuh tanpa kenal putus asa walaupun dikelilingi kemungkaran tanpa henti.. Berlari dengan pantas tanpa cuba berhenti di tengah kefasikan manusia.. Kasih dicurah tanpa mengenal jemu biarpun diherdik permusafiran fitnah santapan atas segala kebaikannya.. Sejenak berlalu, tiba-tiba terketuk pintu hatiku, kuasa apakah yang mampu mengukuhkan imannya? Apakah kekuatan yang menjadikan dia sentiasa merasai taqwa dan roh semangat kejiwaan seorang pejuang dalam santunan sifat kewanitaannya.. Apakah pula keajaiban yang terus menjadikannya untuk terus melangkah tanpa sekilas pandangan kepada kemunduran?

"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu'min diri dan harta mereka dengan memberikan surga untuk mereka....dan siapakah yang lebih menepati janjinya daripada Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan itulah kemenangan yang besar" (At-Taubah:111)


Subhanallah! hatiku terkadang hiba.. Acap kali aku menangis melihat pergorbanan para-para dai'e ini..amat mulia peribadi mereka dengan menjalankan dakwah..mereka bertungkus lumus menjual diri dan hartanya hanya kerana Allah dan agamaNya dan menjadikan segala-galanya hanya untuk dakwah..mengorbankan segala yang indah di sisinya untuk menaikkan agama Islam..Siapakah yang lebih mulia dari mereka yang menyeru kepada Allah ? Subhanallah!

"Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah, mengerjakan amal yang saleh, dan berkata: "Sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang menyerah diri?" (Al-Fushsilat:33)"

Namun, bagiku tiada yang mampu aku nafikan apabila segala itu kulihat dari satu sudut kekuatan luar biasa yang dihadirkan sahabatku ini.. Sebuah kekuatan yang menjadi sumber untuk kita terus berjalan dan terus berlari di arena dakwah walau di medan yang penuh kemungkaran.. Kekuatan dan rahsia apakah itu? Inilah sebenarnya yang disebut sebagai tarbiyyah dzatiyyah.. Subhanallah! Inilah kunci kita mentarbiyyah diri...bukankah itu sesuatu yang luar biasa?? Tidakkah tarbiyyah itu memerlukan platform manusia sebagai penyampai ? Tidakkah tarbiyyah itu dihadirkan dengan manusia yang saling bergantungan? Namun, hakikatnya, inilah juga method tarbiyyah yang cukup hebat dan sukar dilalui.. Persoalan yang harus dimukimkan dalam diri kita, mengapa kita mengejar larian berdakwah dan mentarbiyyah insan lain sedangkan diri sendiri pada dasarnya turut jauh dari Allah? Mengapa perlu bersusah payah bangkit mengharungi jalan dakwah, sedangkan diri sendiri dilupakan?

" Mengapa kamu suruh orang lain (mengerjakan) kebajikan, sedang kamu melupakan diri (kewajiban) mu sendiri, padahal kamu membaca Al Kitab (Taurat)? Maka tidakkah kamu berpikir? " (Al-Baqarah:44)

Ayuh bersama telusuri dan singkapkan pengajaran untuk kita menjengah kebaikan buat dibajai dalam suburan iman kita. Jika direnungi dan difahami, kekuatan tarbiyyah dzatiyyah ini sebenarnya dapat menjadikan seorang dai'e itu mampu bertahan walaupun berada di medan dakwah yang kemungkarannya berleluasa, bi'ah yang cukup menekan iman, malahan ketika ketiadaan halaqah atau usrah sebagai bekalan lain mentarbiyyah diri.. Malahan, inilah seharusnya perlu ada dalam diri dai'e ketika kekosongan, kesepian dan kekurangan kerja dakwah. Namun begitu, bagaimana untuk membentuk tarbiyyah dzatiyyah ini?

Sepanjang perjalanan menaiki bas dari Penang ke kampung halamanku, Kelantan, kata-kata seorang sahabat yang sempat ku curi bait-baitnya semasa perbualan telefon bersamanya sebentar itu terus terngiang-ngiang di cuping telinga yang simfoninya turut galak menari di ruang mindaku. Soalnya, "bagaimana mahu membersihkan air kotor di dalam gelas"?? Persoalan yang cukup membuat aku rasa terketuk sendirian..

Biasanya, rata-rata daripada kita sering mengeluh apabila teguran mahupun nasihat berulang-ulang kali dibajai kepada orang lain, namun ianya seakan-akan mencurah air ke daun keladi. Namun, mengapa tidak diambil teladan daripada nilai kejiwaan seorang ibu yang tanpa syarat menumpahkan kasih sayang kepada anaknya tanpa dipinta, bahkan pengorbanan seorang bapa membanting tulang untuk menyara keluarga tanpa sebarang rungutan, apatah lagi sifat pemaaf ibu mahupun bapa tanpa jemu memaaf setiap kesilapan anak-anaknya. Malahan ternukil juga di dalam sirah kisah Al-Qamah yang diberi maaf oleh ibunya walaupun telah mengguris hatinya setelah sekian lama.. Apakah sifat ini bersesuaian untuk kita amalkan dalam kehidupan harian apatah lagi bagi yang bergelar nuqaba'??

Setiap orang, pasti miliki method yang berbeza-beza dalam melaksanakan apa jua tindakan walaupun matlamatnya adalah sama. Jalan paling mudah untuk menggantikan air kotor dengan air bersih adalah dengan membuang air kotor tersebut dan diisi dengan air yang bersih. Jika diteliti, apakah wajar seorang dai'e mengambil jalan semudah ini untuk membentuk para mad'u? Seandainya terdapat secalit kecacatan yang harus diperbaiki, apakah harus dibuang terus mad'u yang sepatutnya dipimpin ini? Haruskah kita menjadikan tunjang perjuangan dengan mendokong "kerana nila setitik, rosak susu sebelanga" dan meninggalkannya dek mahu mengejar kemuliaan darjat di mata manusia?

Atau kita menggantikan air kotor itu dengan mengisi sebanyak mungkin air bersih yang akhirnya akan menggantikan warna kotoran itu. Atau kita mencampurkan bahan kimia lain seumpama 'clorox' untuk mensebatikannya bagi melunturkan kotoran tersebut? Segalanya terletak pada iman kita, apatah lagi bagi golongan yang memikul beban dakwah. Persoalannya, siapakah pula yang memikul beban dakwah itu? Jentik akal, tanyalah iman!

"Kalau yang kamu serukan kepada mereka itu keuntungan yang mudah diperoleh dan perjalanan yang tidak seberapa jauh, pastilah mereka mengikutimu, tetapi tempat yang dituju itu amat jauh terasa oleh mereka. Mereka akan bersumpah dengan Allah : "Jikalau kami sanggup tentulah kami berangkat bersama-samamu." Mereka membinasakan diri mereka sendiri dan Allah mengetahui bahwa sesungguhnya mereka benar-benar orang-orang yang berdusta." (At-Taubah:42)

Ya Allah! Aku mahu berjuang dalam saff perjuanganMu.. Pilihlah aku sebagai pembela agamaMu yang hanya menuntut redha dan kasih sayangMu..

"Rohku, nyawaku, darahku, hanya untukmu, ISLAM"