.... Bismillahirrohmanirrohim ....

" Katakanlah, jika bapa-bapa kamu, anak-anak kamu, saudara-saudara kamu, isteri-isteri kamu, keluarga kamu, harta yang kamu usahakan dan perdagangan yang kamu khuatirkan serta tempat tinggal yang kamu suka itu lebih kamu cintai daripada Allah dan RasulNya dan jihad di jalanNya, maka tunggulah sampai datang keputusanNya. Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada kamu yang fasik." (At-Taubah:24)

Friday, January 21, 2011

Cinta Memori Dalam Dukungan Tarbiyyah!

Sweetest surprise di hari lahir. Thanks dear!

Teratak Sri Permai:Ziarah Ukhuwah:)


Tarbush : Uhibbukifillah, dear!


Ukhuwah kita teruji dengan '10 hari' yang akhirnya mengeratkan lagi hubungan kita


Jaulah BUMI CINTA : Kelantan-Penang;)

'Hadiah' befday teristimewa sweet 21=D

Favourite picture;))!

Alhamdulillah! Tanggal 7 Julai 2010, ukhuwah kita bertaut dalam satu pertemuan tidak terduga namun dalam aturan Ilahi.. Di jalan tarbiyyah ini kita berkenalan dan kerana jalan tarbiyyah ini juga kita akan berjauhan demi meraih REDHA ILAHI.. Biarpun perkenalan kita terlalu singkat untuk dibandingkan dengan keakraban yang cukup menjadikan kita saling mengenali, namun tautan hati dalam ukhuwah ini terlalu bermakna bagiku.. Terlalu banyak pahit manis, senda gurau, rajuk tangis, tawa riang, hujah menghujah, nasihat meng'emo', ego mengego dan kasih mencintai mewarnai ukhuwah kita dalam kesingkatan waktu yang mengindahkan..

"Aku mencintaimu kerana AGAMA mu.. Jika hilang AGAMA mu dari dirimu, maka hilanglah cintaku padamu" (Imam Nawawi)

Masih ingatkah lagi pada 13 Oktober 2010? Tarikh di mana ukhuwah kita teruji hebat! Selama 10 hari Allah mentarbiyyah ukhuwah kita.. Namun kerana ujian itu jugalah kita lebih mengenali dan menjadikan ukhuwah kita bertambah kukuh, insyallah.. Mungkin ukhuwah ini dilihat sebagai sesuatu yang biasa bagimu, namun ketahuilah juga, aku memilihmu bukan untuk kebahagiaanku, namun untuk AGAMA ku! Mengapa harus ku lepaskan persahabatan ini, jika Kak As lah yang menjadi 'minyak' kala diriku memerlukan isinya saat tangkiku hampir kehausan! Dan, mengapa juga perlu disembunyikan kasih dan sayang kita, jika itu boleh menjadi contoh buat sahabat lain untuk sama-sama berkasihan sesama akhawat kita terlebih dahulu, daripada mendahului sandaran kasih buat sang kesuma berlawanan jenis? Mengapa perlu lemah saat fitnah-fitnah menjalar dalam hubungan kita? Tidakkah kita perlu saling mengukuhkan kerana saat terujinya ukhuwah kita, ianya sebagai tanda kesetiaan dan kejujuran kita? Hmm... Tidak perlu lagi ku coretkan terlalu mendalam tentang dirimu di sini, biarlah hanya kita saling mengetahui siapa kita kepada satu sama lain..


Terkesan pada 7 golongan yang dijanjikan Allah mendapat naungan Arasyh dari sabda Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari dan Muslim katanya;

'Dua insan yang berkasih sayang kerana Allah, mereka bertemu dan berpisah kerana Allah'

Setiap pertemuan, pasti adanya perpisahan.. Saat ini ukhuwah kita kembali teruji kan? Sejauhmana penghargaan kita terhadap satu sama lain dan sejauhmana kesetiaan kita pada ukhuwah ini.. Aku sentiasa mendoakan agar walau sejauhmana pun jarak kita, ukhuwah dan keakraban kita akan tetap teguh seperti sediakala.. Melatah kala diuji bukanlah suatu impian yang harus ditunaikan.. Berjanjilah! Kita akan terus bersama dalam jalan ini!! Walaupun seringkali terabai kemesraan antara kita sejak akhir-akhir ini dek ingin menjernihkan keadaan yang tercipta kerana fitnah-fitnah yang mengkontroversikan persahabatan kita, namun jauh di sudut hati biarpun terkilan dan kecewa, tapi hati ini menguntum senyuman bahagia tiada terkata kerana kita tetap lagi BERSAMA DI JALAN DAKWAH DAN TARBIYYAH. Malah, biarpun Kak As cuba menjarakkan demi kebaikan bersama, namun ku tahu banyak yang tidak terluah oleh bicaramu, akan tetapi tindakan dan bahasa badanmu sudah cukup memberi erti yang mendalam untuk ukhuwah ini.. Egomu terkadang menyesakkan, diammu terkadang menghangatkan, rajuk mu terkadang mencengkam dan bebelan mu terkadang menggelikan, namun itulah asam garam ukhuwah ini.. Bahagia dengan perkenalan bersama sahabatku, Nurul Asmaa' Ismail:) Terima kasih kerana menjadi dirimu dan terima kasih untuk ukhuwah kita yang sangat manis.. Berdoalah semoga Allah menyatukan kita hingga ke Jannah, menjadi tetangga syurga yang diimpi, amin..

PERPISAHAN DAN KEJAUHAN INI DALAM REDHA KERANA CINTA ILAHI.. KUKUHKAN UKHUWAH INI, MOGA KEMESRAAN KITA AKAN TERUS MEKAR..

>> Sayang saya tak?;p
Saya kan 'ADIK ANGKAT' Kak As.. Saya juga CUCU USRAH Kak As.. Saya juga SAHABAT Kak As.. Saya juga AKHAWAT, sama macam Kak As.. Lagi?? Saya tahu Kak As SAYANG saya, nanti jangan lagi RINDU saya;p


5 comments:

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  2. Ana setuju dengan tulisan enti..Ana ada juga seorang sahabat yang 'close' macam enti dengan sahabat enti ni..Ana seru diri ana dan sahabat-sahabat lain untuk kenal mesra dengan sejantina..Tapi,menyedihkan,rata-rata daripada kita sekarang lebih selesa kepada yang berlawanan jenis..Budaya seperti ini harus dibendung dalam melahirkan masyarakat yang madani..Ana teringat kata-kata mu'allimah ana suatu masa dahulu,'generasi hari ini lebih cenderung bersesak dalam kejahilan untuk menyamakan martabat dengan kemodenan barat'..Ana lihat budaya mendahulukan syariat untuk mencantikkan adat kian pesat..Tanggugjawab semua dalam menaikkan semula ketamadunan islam untuk menggerakkan kegemilangan islam kembali..

    ReplyDelete
  3. "Dan di antara tanda-tanda kebesaranNya adalah bahawa Dia mengirimkan angin pembawa berita gembira dan agar kamu merasakan sebahagian dari rahmatNya dan agar kapal dapat berlayar dengan perintahNya dan juga agar kamu dapat mencari sebahagian dari kurniaNya, dan agar kamu bersyukur"

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete