.... Bismillahirrohmanirrohim ....

" Katakanlah, jika bapa-bapa kamu, anak-anak kamu, saudara-saudara kamu, isteri-isteri kamu, keluarga kamu, harta yang kamu usahakan dan perdagangan yang kamu khuatirkan serta tempat tinggal yang kamu suka itu lebih kamu cintai daripada Allah dan RasulNya dan jihad di jalanNya, maka tunggulah sampai datang keputusanNya. Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada kamu yang fasik." (At-Taubah:24)

Wednesday, December 22, 2010

Mengapa?? Kenapa?? Bagaimana?? Apakah??

Kenapa kita sering melihat sesuatu yang tidak pada milikan kita sebagai yang terbaik dan beriya-iya mahukan sesuatu yang tidak seharusnya menjadi milik kita, tanpa merenungi sebenarnya kita harus mensyukuri tiap apa yang kita perolehi kerana ianya pasti lebih baik dalam perancanganNYA?

Rata-rata daripada kita juga sering kali memikirkan tentang perasaan kita sebagai anak yang terguris dengan ibu bapa, terasa dengan tindakan ibu bapa, tak sehaluan dengan tindakan ibu bapa dan pelbagai lagi yang tidak kena dengan ibu bapa kita.. Namun, pernahkah walau sekali kita memikirkan hati ibu bapa kita yang terguris? Pernahkah kita si anak yang memikirkan jiwa dan kesulitan yang ditanggungi ibu bapa kita saat mereka membesarkan kita? Cukupkah untuk membalas jasa mereka dengan hanya menghadiahkan mereka dengan segulung ijazah, master, atau phd? Di manakah tempat ibu bapa pada kehidupan kita?

Acap kali juga ada yang membandingkan ibu bapa orang lain dengan ibu bapa sendiri.. Cemburu dengan kekayaan yang dimiliki orang lain, ada juga yang cemburu dengan kemesraan orang lain, ada bermacam-macam rencah yang tidak sebati pada jiwa kita.. Namun, apakah usaha kita untuk menyempurnakan semua itu? Belum cukupkah kekayaan pada sebuah kehidupan yang telah Allah jadikan sempurna untuk kehidupan kita? Belum selesakah keindahan yang Allah kurniakan untuk perjalanan kasih sayangNYA untuk kita? Belum istimewakah kita menjadi insan berbanding penciptaan makhluk lain? Apakah lagi kesempurnaan yang kita mahukan?

Sebagai pelajar, apakah yang kita kejarkan dan untuk apakah ianya kita mahukan? Sebagai penjawat, apakah yang kita kerjakan dan untuk apakah segalanya yang berlaku dalam perjalanan menuju Allah? Apakah hanya sekadar rutin, minat mahupun kerjaya untuk mencari rezeki? Seandainya saat kita berniat untuk menggenggam ijazah untuk kepuasan hidup dan memberi kesenangan buat kedua ibu bapa kita, bagaimana seandainya belum sempat kita memperoleh ijazah tersebut, Allah menjemput kita terlebih dahulu menemuiNYA? Maka pastinya kita tidak sempat untuk memberikan ijazah tersebut buat ibu bapa kita? Bagaimana jika niatnya adalah menerokai ilmu Allah dan semua yang dilakukan kerana Allah walau dalam apa jua keadaan, jika ianya belum sempat dihabiskan mahupun dicapai, segalanya bertukar mencari keredhaan Allah semata-matakan? Tidakkah ianya cukup manis lagi membahagiakan?

Jadi, di mana kita? Bagaimanakah kita? Siapakah kita? Tepuk iman, renungi Taqwa:)

3 comments:

  1. Bagaimana jika niatnya adalah menerokai ilmu Allah dan semua yang dilakukan kerana Allah walau dalam apa jua keadaan, jika ianya belum sempat dihabiskan mahupun dicapai, segalanya bertukar mencari keredhaan Allah semata-matakan? Tidakkah ianya cukup manis lagi membahagiakan?
    ~ya betollah,niat itu yg menentukan pengujung amalan kita,sama ada diterima,atau ditolak...

    ReplyDelete
  2. banyak jiwa ibu dan jiwa bapa yang terluka dek sikap anak2 bila telah menjawat pelbagai jawatan hebat, hingga terlupa jasa ibu bapa.. Banyak juga hati2 yang salah 'tujuan' dlm mengejar impian..

    ReplyDelete