
Gambaran anak-anak kapal yang dikendalikan oleh Cheng Ho

Laksamana Cheng Ho
Laluan Pelayaran Cheng Ho
pelayar yang berkuantiti besar dan menggunakan kapal yang besar tidak mempunyai matlamat dan kepentingan tertentu?
Jika dihayati, pada musim luruh 600 tahun yang lalu iaitu pada tahun 1405 Masihi, sebuah armada yang paling besar skopnya di dunia pada masa itu bertolak dari pelabuhan Sungai Yangtze di luar Bandar Nanjing, ibu negara kerajaan Dinasti Ming bagi belayar ke seberang laut. Laksamana Cheng Ho adalah orang yang bertindak memimpin pelayaran secara besar-besaran tersebut.
Nama asal Cheng Ho ialah Ma Sanbao. Beliau dilahirkan dalam sebuah keluarga Etnik Hui yang menganut agama Islam di Yunnan, barat daya China. Datuk dan bapanya telah menunaikan fardu haji di Mekah. Mereka mengetahui keadaan di luar negara kerana suka menjelajah.
Bandar Nanjing terletak di pinggir Sungai Yangtze, sungai yang terbesar di China. Industri pengeluaran kapal sudah bersejarah lama dan sangat berkembang di Nanjing pada masa itu. Berdasarkan catatan sejarah, terdapat 34 buah bengkel pembuat kapal di luar Bandar Nanjing dan tukang-tukang kapal yang terbaik di seluruh China telah bertumpu di Nanjing. Taraf kemahiran pembuatan kapal daripada tukang-tukang tersebut merupakan taraf tertinggi bagi industri pembuatan kapal di dunia pada masa itu. Kapal "Baochuan" yang digunakan dalam pelayaran Cheng Ho ialah dibuat di Nanjing. Kapal "Baochuan" merupakan kapal layar bersaiz besar. Disebabkan pelayaran itu dilaksanakan berdasarkan titah Maharaja Zhu Di, maka kapal-kapal tersebut bukan sahaja ukurannya besar, tetapi juga diperlengkapi dengan kemudahan-kemudahan yang moden. Pada tahun 1957, sebuah batang kemudi sepanjang 11.7 meter daripada kapal "Baochuan" telah digali keluar daripada perut bumi di tapak bengkel pembuat kapal "Baochuan" di Nanjing. Kalau dikira berdasarkan panjang batang kemudi tersebut, maka kapal "Baochuan" armada Cheng Ho yang paling besar telah mencatat lebih seribu tan, ini merupakan kapal yang paling besar di dunia pada masa itu!
Pelayaran Cheng Ho ke seberang laut juga telah meninggalkan warisan kebudayaan dan kesenian kepada kita. Sekarang banyak sasterawan telah menggubah drama, novel, drama TV dan lain-lain untuk menggambarkan pelayaran Laksamana Cheng Ho secara besar-besaran pada masa itu, memuji sumbangan yang dibuat oleh Laksamana Cheng Ho kepada kegiatan pelayaran sedunia serta sumbangannya kepada persahabatan dan pertukaran antara China dan pelbagai negara di dunia.
Walaubagaimanapun, utamanya harus kita renungi keistimewaan sebenar yang tersembunyi mengenai Laksamana Cheng Ho antaranya keperibadian beliau, kehebatannya memimpin armada yang agung, keIslaman beliau, gerak kerja dakwah beliau, toleransi dan ketegasan beliau dalam hubungan dengan penganut lain, sumbangan besar beliau pada agama Islam, dan yang lain-lain sangat kurang ditonjolkan. Namun demikian, jika diteliti dalam kebanyakan buku-buku sejarah, ada pihak yang beranggapan bahawa Cheng Ho bukan beragama Islam, tetapi beliau menganuti agama Buddha. Buktinya terdapat banyak patung-patung Cheng Ho dibina di tokong-tokong sebagai tugu peringatan di Jawa, Indonesia bahkan terdapat juga di Malaysia dan Brunei.
Setelah saya mengunjugi Expo Cheng Ho dengan usahasama Kerajaan Negeri Kelantan dan negara China, saya amat terkesima dan teruja dengan sejarah berkaitan Cheng Ho terutamanya apabila mengetahui berkenaan armada yang dikemudinya. Persiapan perdagangan dan pelayaran yang dilakukan oleh Cheng Ho dan tentera - tentera di bawah pimpinannya cukup strategik dan bersistematik.
Angka sebenar yang mengikuti pelayaran tersebut hampir 28,000 orang, bukanlah 2,800 orang seperti yang dipelajari sebelum ini! Mashallah! Patutlah ianya digelar PELAYARAN AGUNG! Cukup mengujakan! Namun, bagaimana Laksamana Cheng Ho mampu mengawal armada dalam kuantiti seramai itu dengan melalui pelayaran yang sangat jauh, bahkan di tengah-tengah lautan yang bermusim? Subhanallah!
Laksamana Cheng Ho telah membahagikan armadanya kepada empat bahagian utama yang mempunyai peranan masing-masing dalam usaha memastikan kejayaan setiap misi pelayaran tersebut. Malahan beliau jugalah yang menjadi ketua komando bagi komando-komando armadanya yang merupakan bahagian yang paling ramai dalam armada tersebut. Malahan, beliau turut menggunakan kaedah ilmu Falaq sebagai petunjuk arah laluan pelayaran beliau.
Selain berbekalkan dengan 28,000 orang awak-awak kapal, kapal tersebut dipenuhi dengan barang-barang dagangan seperti sutera, wangi-wangian, rempah dan sebagainya yang berkapasiti lebih dari 2500 tan muatan. Kapal-kapal yang dipimpin oleh Cheng Ho bukanlah satu atau dua buah, bahkan ratusan buah kapal!!. Antaranya 62 buah kapal besar, diiringi dengan lebih kurang 200 buah kapal kecil yang berfungsi sebagai kapal komando, kapal kuda, kapal tempur dan sebagainya. Ukuran bagi sebuah kapal besar Cheng Ho adalah berukuran sekitar 122 meter panjang dan 52 meter lebar menjadikan ia kapal yang terbesar di dunia pada ketika itu. Bayangkan selama 7 kali pelayaran yang dilakukan oleh Cheng Ho sepanjang 28 tahun, berlayar sejauh beribu batu ke negara seperti Afrika, Ormuz, Asia Tenggara, Jawa, Melaka dan lain -lain berbekalkan dengan kekuatan armada yang tidak dapat ditandingi sesiapa walaupun selepas 100 tahun Cheng Ho meninggal dunia.
Bagi saya, pelayaran agung Cheng Ho yang membawa 'misi damai dan dagang' ini tidak mampu ditandingi tokoh pelayaran lain seperti Vasco Da Gama, Christoper Colombus, Marco Polo dan Ferdinand Magellan. Kebanyakkan mereka melakukan pelayaran sekitar 50 - 100 tahun selepas Cheng Ho bahkan masih tidak mampu untuk menandingi kekuatan armada laut yang pernah dipimpin oleh Cheng Ho. Allahuakbar!
Sejarah Cheng Ho..^_^
ReplyDeleteIslam tidak pernah menolak sejarah,bahkan Al Quran sendiri bnyak menceritakan mengenai sejarah Nabi2 dan kaum2 terdahulu.Malangnya sejarah dunia hari ini bnyk diputa belitkan utk kepentingn Zionis demi menjayakn rancang The New World Order..malang juga bila buku2 sejarah dimuatkan juga bnyak fakta yg tidak benar..maka xhairanlah bila anak2 muda xminat sejarah kerana hilangnya ruh ilmu apabila sejarah tidak dipersembahkan dengan kudrat yang benar..
ReplyDeleteTerbukanya Constantinople tidak hanya dilihat pada kejayaan Sultan Muhammad Al-Fateh semata. Armada laut Umayyah telah menguji kekuatan musuh dalam siri-siri sebelumnya, buat renungan pemimpin selepasnya. Kegagalan demi kegagalan, adalah pintu kejayaan seterusnya.
ReplyDelete