.... Bismillahirrohmanirrohim ....

" Katakanlah, jika bapa-bapa kamu, anak-anak kamu, saudara-saudara kamu, isteri-isteri kamu, keluarga kamu, harta yang kamu usahakan dan perdagangan yang kamu khuatirkan serta tempat tinggal yang kamu suka itu lebih kamu cintai daripada Allah dan RasulNya dan jihad di jalanNya, maka tunggulah sampai datang keputusanNya. Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada kamu yang fasik." (At-Taubah:24)

Tuesday, March 1, 2011

S.A.B.A.R

سْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ

Sabar itu suatu kemanisan.. Sukar ditapis saat teruji.. Namun, kerana kesabaran itu, ia mengajar aku erti ketabahan.. Sabar juga mengajar aku erti memahami.. Kerana kesabaran itu mendidikku untuk berakhlak.. Melalui kesabaran itu, aku belajar menghargai.. Dari titik kesabaran itulah aku mengenal erti pekerti.. Rasulullah saw seorang yang penyabar.. Walau teruk ujian dan rintangan dalam menyebarkan dakwah, baginda tetap sabar dan istiqamah dalam perjuangan.. Aku mahu contohi akhlak Ar-Rasul, suri teladan kehidupan sepanjang zaman.. Mengapa perlu mengeluh saat teruji, kerana janji Allah bersama-sama orang yang sabar ^___^.. Aku mahu belajar seni sabar Ar-Rasul, supaya aku menghayati akhlak baginda dalam langkahku :)

No comments:

Post a Comment