.... Bismillahirrohmanirrohim ....

" Katakanlah, jika bapa-bapa kamu, anak-anak kamu, saudara-saudara kamu, isteri-isteri kamu, keluarga kamu, harta yang kamu usahakan dan perdagangan yang kamu khuatirkan serta tempat tinggal yang kamu suka itu lebih kamu cintai daripada Allah dan RasulNya dan jihad di jalanNya, maka tunggulah sampai datang keputusanNya. Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada kamu yang fasik." (At-Taubah:24)

Wednesday, September 15, 2010

Perjuangan Bersamamu : Viva Palestin
















BISMILLAHIRROHMANIRROHIM..

Alhamdulillah.. Allah memilih 7 orang saudara kita untuk memikul amanah ke Gaza. . Land Convoi Viva Palestine 5 (LC VP5) merupakan misi kemanusiaan konvoi kenderaan ke Gaza.. Syukur kerana dengan izinNYA, AQSA SYARIF telah pun menyumbang 3 buah kenderaan daripada 6 yang membawa bendera Malaysia untuk misi tersebut. Bersama kita mendoakan kejayaan misi ini dan usah gentar saudara-saudara seakidahku sekalian, kemenangan akan berpihak pada kita nanti.. Ayuh sama-sama bersatu membebaskan Al-Quds! 7 orang yang telah terpilih untuk mewakili Aqsa Syarif bagi menyertai Land Convoy VP5 ialah:-

1) Dr Zin Kandar - Ketua Misi (BOD Aqsa Syarif)
2) Hj Norazmi Talib Bendahari - aktivis aqsa Syarif Serdang (aktif dalam kempen penajaan anak-anak yatim Palestin)
3) Zun Arif Hakim - Pengerusi Aqsa Syarif Selangor (Pengarah SHAQS Selangor baru-baru ini)
4) Azmi Katiman - Aktivis Aqsa Syarif Subang Jaya (aktif mengumpul dana utk 3 bulan berturut-turut dgn kutipan mencecah purata RM10K sebulan)
5) Hj Yusuf ahmad - Pengerusi Aqsa Syarif Setia Wangsa
6) Hj Taufeq Abdul Rahman - Aktivis Aqsa Syarif Penang
7) Ustaz Rofazlin Jusoh - Pengerusi Aqsa Syarif Johor Bahru.


Bersama-sama kita lipat gandakan doa kita buat kejayaan misi ini kerana kita semua adalah bertanggungjawab dalam persaudaraan ini & hak milik tanah Al-Quds.. Kita semua perlu yakin terhadap pertolongan ALLAH dalam usaha menghancurkan segala perancangan Yahudi-Zionis sekalipun kita terpaksa menempuh masa yang begitu panjang. Kerana janji Allah itu pasti, usah ragu.. Kalam Tuhan dalam Al-Isra' menjadi sumber inspirasi kita semua:

"Oleh itu, apabila sampai masa janji (membalas perbuatan derhaka kamu) kali kedua, Kam datangkan musuh-musuh kamu untuk menyuramkan muka kamu dengan penghinaan dan keganasannya dan untuk memasuki masjid (baitulmaqdis) sebagaimana mereka telah memasukinya pada kali pertama, dan untuk menghancurkan apa sahaja yang mereka telah kuasai dengan sehancur-hancurnya." (17:108)
Bahkan, kita dikuatkan lagi dengan hadith riwayat Imam Muslim dan Imam Ahmad bermaksud:

"Tidak terjadinya hari kiamat hinggalah orang-orang Islam memerangi Yahudi maka orang-orang Islam akan membunuhnya hingga mereka bersembunyi di sebalik batu dan pokok maka berkatalah batu atau pokok : Wahai Muslim! Wahai Abdullah! Orang Yahudi ini berada di belakangku, maka marilah bunuhnya kecuali yang berlindung di belakang pokok 'gharqad' maka ia adalah pokok orang-orang Yahudi".

Oleh itu, ayuh bersatu dan mulai peduli dengan saudara-saudara kita yang berada di sayap hadapan untuk membebaskan milikan seluruh ummat ISLAM.. "TANPA MEREKA, SIAPALAH KITA.. TANPA PALESTIN, HANCURLAH KITA"..

"Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang berperang di jalanNYA dalam barisan yang teratur, mereka seakan-akan seperti suatu bangunan yang tersusun kukuh" (As-Saff:4)










SALAM JUANG PALESTIN!!! ALLAHUAKBAR!





No comments:

Post a Comment